Seorang insan yang bergelar sebagai ibu mesti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Apa sahaja permintaan anak pasti mahu ditunaikan walaupun kadang-kadang tidak berkemampuan.
Bagi seorang ibu, kegembiraan anak-anak itu sudah memadai. Melihat mereka tersenyum gembira dan membesar dengan baik dapat menghilangkan segala penat lelah setelah seharian mencari rezeki dan menguruskan rumah. Pengorbanan ibu bapa amatlah besar, kita sebagai anak janganlah mensiakan.
Di laman TikTok, niat seorang ibu untuk memberi kejutan pada anak tidak kesampaian. Memuat naik sebuah video menerusi akaunnya, eikinhanipah, dia berasa sangat teruja apabila terserempak sebuah kiosk yang menjual Duck Cotton Candy.
Teringat pada anak di rumah, lantas di memesan gula kapas dari kiosk tersebut untuk anaknya. Tampak comel dan gebu, dia pasti anaknya akan gembira dengan gula kapas itu. Namun begitu, wanita itu kecewa apabila tiba di rumah.
Bila dilihat, gula kapas tersebut telah mengencil 2 kali ganda dari saiz asal, tak seperti yang asal!
@eikinhanipah Natang ni shrink so fast 🥲
@eikinhanipahNatang ni shrink so fast 🥲♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Terkejut akan rupa gula kapas tersebut, warganet berasa keliru. Itu gula kapas atau corndog?
Malah, ada cemburu melihat rupa gula kapas itu yang terlalu kurus. ‘Cemburu’, ada juga yang minta tips diet.
Terus hilang mood untuk buat kejutan pada anak bila dapat gula kapas seperti ini, kan? Sabar lah wahai ibu, harap-harap anaknya sedia sahaja memakan gula kapas versi kurus itu. Yang penting dia tetap suka dan menghargai usaha anda.
Jangan sedih-sedih, lain kali boleh lah beri kejutan yang lebih hebat.
Kredit: TikTok eikinhanipah