Kebelakangan ini, topik kopi menjadi bualan rakyat Malaysia. Bukan sekadar minuman untuk dinikmati untuk sarapan dan minum petang, nampaknya orang ramai makin gemar menambahkan ilmu mengenai kopi. Kini dengan pembukaan pelbagai kedai kopi dan pembekal biji kopi, penyediaan kopi ini ibarat hobi buat sesetengah orang pada waktu lapang.
Minuman kopi yang berkualiti bukan sahaja bergantung pada teknik dan biji kopi berkualiti tapi juga pada alat yang digunakan dalam penghasilannya. Jika tersalah pilih, maka rasa kopi anda kurang tepat dan memuaskan meskipun mempunyai biji kopi yang terbaik. Antara alat yang memainkan peranan penting adalah grinder yang digunakan.
Mesti ramai yang nak tahu cara untuk memilih grinder kopi yang sesuai dan berkualiti, kan? Jom kita ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Amin Farhan di group Sekolah Kopi.
Grinder kopi ini amat penting, jadi peminat kopi seharusnya tahu cara memilih grinder yang sesuai dan berkualiti. Tampak mudah dan kecil namun ia tetap memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa kopi yang lebih hebat dari yang boleh didapati, setanding dengan rasa kopi dari kedai kopi.
Semoga tips ini dapat membantu peminat kopi untuk menghasilkan kopi yang terbaik.
Kredit: Amir Farhan via Sekolah Kopi