Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Harap Ini Cuma Lakonan..” Pelanggan Berang Dengan Hidangan Di Restoran Mamak, Pelayan Jadi Mangsa

“Saya Harap Ini Cuma Lakonan..” Pelanggan Berang Dengan Hidangan Di Restoran Mamak, Pelayan Jadi Mangsa

Kategori:
pelayan

Baru-baru ini, isu kebersihan kedai mamak menjadi bualan orang ramai. Khuatir akan kualiti dan kebersihan hidangan yang disediakan, masih ramai yang berasa ragu-ragu untuk mengunjungi kedai mamak.

Tanggungjawab untuk menjaga kualiti dan kebersihan makanan dan premis perniagaan jatuh kepada pemilik dan pekerja, jadi memang tak hairan mengapa sesetengah pelanggan akan berasa berang dan tidak berpuas hati jika terjumpa benda yang tidak sepatutnya ada dalam makanan yang dimakan. Namun begitu, perasaan marah tidak seharusnya terlampau kerana ia boleh menyebabkan situasi yang tidak diingini.

Berang Dengan Kedai Mamak, Pelayan Jadi Mangsa

Di laman TikTok, seorang pengguna, fhairulfizzy13, memuat naik sebuah video, menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati bila makan di kedai mamak.

Selera lelaki itu terus hilang apabila terjumpa ‘sesuatu’ dalam makanannya. Mula marah, dia terus mendapatkan pelayan terdekat dan mula melepaskan rasa marahnya pada pekerja itu. Namun, pekerja itu tidak bersalah kerana tidak tanggungjawabnya hanyalah mengambil dan menghantar pesanan.

Cubaan pelayan itu untuk menenangkan lelaki itu tidak menjadi apabila lelaki tersebut bertindak agresif dan mula menarik legannya. Pelayan itu terus cuba untuk menghentikan rakaman setelah menyedari dirinya dirakam oleh seorang lagi individu.

@fhairulfizzy13mencari yg halal itu fardhu

♬ bunyi asal – Fhairul Fizzy

Harap Semua Ini Lakonan, Pelayan Tidak Salah

Menjengah di ruangan komen, warganet berasa tindakan lelaki itu adalah melampau. Mereka cuma mengharapkan semuannya lakonan semata-mata. pelayan

Yang Pernah Kerja Macam Ini Sahaja Tahu..

Perkara biasa bagi seorang pelayan, perkerjaan itu mempunyai banyak cabaran. Salah orang lain, mereka pula perlu tanggung kemarahan pelanggan. Malunya boleh menyebabkan sesiapa sahaja terus berhenti kerja. pelayan

Kesian pada pekerja itu. Tidak seharusnya lelaki itu bertindak sebegitu padanya kerana dia cuma menjalankan tugasnya, tiada kena mengena dengan kualiti makanan yang disediakan oleh tukang masak. Semoga semuanya hanya lakonan yang dilakukan untuk meraih tontonan.

Kredit: TikTok fhairulfizzy13

Baca Juga: “Ambil Kesempatan Jual Mahal-Mahal..” Harga Sotong Goreng Cecah RM 240, Warganet Tak Puas Hati

 

tags: