Selain dari sebuah keluarga yang bahagia, setiap insan menginginkan sebuah persahabatan yang penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Apabila makin berumur, makin sedikit sahabat yang masih bersama dengan kita. Mungkin terlalu sibuk dan masing-masing membawa haluan sendiri, semuanya menjadi kenangan yang indah.
Walaupun semuanya sibuk dan sudah berkeluarga, itu bukan menjadi alasan untuk sesetengah individu untuk meluangkan waktu bersama sahabat mereka di waktu lapang.Β Sebab itu lah kita selalu nampak pakcik-pakcik di kedai makan dengan kawan-kawan, dah berusia pun masih lagi menjaga silaturahim diantara satu sama lain.
Di laman TikTok, seorang pengguna, daenialnoor, berasa terhibur apabila ternampak gelagat pakcik-pakcik di sebuah kedai makan.
Pakcik-pakcik itu sedang seronok berbual, sambil mencuri peluang untuk berswafoto bersama. Melihat gelagat mereka, lelaki itu berasa tersentuh kerana mengenangkan pada arwah ayahnya. Sahabat itu tidak perasaan akan lelaki itu yang sedang merakam mereka oleh kerana terlalu sibuk berbual dan berswafoto. Lelaki itu turut mendoakan mereka.
https://www.tiktok.com/@daenialnoor/video/7034725266542824730?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ybsosaxme7Md9x9fOU1i%2FlXdKUvUGnIQZyuSXou3hnD3lWr9bg7vO0bXUN7QpQ6hkxlNc4SkYn7jxpMNGgA%3D&checksum=63307e2c05822e4867721e9ca738d9c81f9df8b918a548419b36e494322a33d0&language=en&mid=7025571764986039067&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7034725266542824730&share_link_id=e0a656fd-50bd-4e26-8cf0-2feeec652e99&source=h5_t×tamp=1637993724&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@daenialnoorsemoga pakcik dipermudahkan segala urusan + sentiasa di bawah rahmat allah , iβm just miss arwah ayah π₯Ίπβ¬ suara asli – Hi, ini meme – π΄πππππππππππΉ
Bukan sahaja lelaki itu, tapi ada juga beberapa warganet yang berasa sayu melihat gelagat pakcik-pakcik itu. Teringat pula pada mak dan ayah di rumah, hati berasa rindu pada mereka.
Rata-rata terhibur dan geli hati melihat gelagat comel sahabat itu. Berswafoto pun comel sahaja cara dia memegang telefon itu.
Agak-agak nanti bila kita berumur nanti, sempat tak nak melepak di kedai makan sambil berswafoto seperti mereka? Harap-harap diberi kesempatan itu kerana bila sudah berusia, bukan sahaja kita perlu mendekatkan diri lagi dengan Tuhan tapi juga menghargai setiap waktu bersama orang sekeliling kita kerana ajal boleh menjemput pada bila-bila masa.
Semoga pakcik-pakcik berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Kredit: TikTok daenialnoor