Telur ayam merupakan antara bahan dapur mudah didapati dan enak untuk dimasak dalam pelbagai cara seperti telur goreng, telur rebus, sambal telur dan banyak lagi. Dengan harga yang berpatutan, pelbagai jenama tampil dengan pengeluaran telur ayam.
Namun begitu, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mengeluarkan telur ayam palsu atau tidak berkualiti untuk mengambil kesempatan keatas pelanggan dan mengaut keuntungan lebih. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan keracunan dan masalah kesihatan pada sesiapa sahaja yang memakannya.
Jangan mudah terpedaya dengan telur ayam palsu diluar sana. Nampak serupa tapi bila dimasak, hasilnya lain dari telur ayam asli.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Facebook, Zuraidah Yusof, memuat naik beberapa keping gambar di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Niatnya untuk menikmati telur goreng terus terhapus apabila melihat rupa aneh telur itu setelah siap dimasak. Menarik perhatian, kuning telur itu telah pecah dan mengeluarkan butiran kecil, tak pernah terjadi pada mana-mana telur yang dimasak sebelum ini.
Gerun dan ragu-ragu akan kualitinya, wanita itu memilih untuk membuangnya kerana tidak ingin ditimpa masalah kesihatan.
Knp teloq goreng jadi mcm ni…?
Jadi butiran halus²…
#updated teloq tu mmg x mkn pn..takut aaaiiihhh…buang ja…
Rupa telur itu jelas membuatkan orang lain juga berasa ragu-ragu. Risau ianya merupakan telur palsu, mereka nasihat supaya wanita itu segera membuangnya.
Namun ada juga yang sempat lagi bergurau, tambah mereka kejadai tersebut adalah disebabkan oleh penyakit batu karang yang dialami oleh ayam yang bertelur.
Seeloknya jangan dimakan jika telur yang dimasak menjadi seperti ini kerana kita tidak tahu puncanya. Boleh jadi ia merupakan telur ayam palsu atau sudah rosak. Jangan mengambil risiko dan sentiasa memeriksa kualiti barangan yang dibeli bagi mengelakkan diri ditipu.
Kredit: Zuraidah Yusof via MATJHN OFFICIAL