Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Mengadu Pasal Sikap Rider Foodpanda Tidak Bertanggungjawab, Tapi Ini Pula Respon Warganet

Wanita Mengadu Pasal Sikap Rider Foodpanda Tidak Bertanggungjawab, Tapi Ini Pula Respon Warganet

Kategori:
SIKAP RIDER FOODPANDA

Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, ramai memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sambil berada di rumah atau di tempat kerja masing-masing. Mudah dan pantas, pelanggan tidak perlu keluar bagi menikmati makanan kegemaran kerana penghantaran boleh dilakukan sehingga di hadapan pintu.

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa pelanggan tidak perlu mengambil kesempatan akan khidmat itu dan menyusahkan para rider sehingga perlu menaiki bangunan yang tinggi semata-mata untuk menghantar makanan. Malah, mereka juga menasihatkan pelanggan untuk bersedia menunggu kehadiran rider masing-masing.

Tapi dari sudut yang lain pula, ada sesetengah pelanggan yang sibuk sehingga tidak bersedia, terpaksa meminta jasa baik rider untuk naik dan hantarkan makanan. Perlu saling memahami situasi masing-masing, semua pihak perlu bertoleransi.

Kecewa Dengan Sikap Rider Foodpanda

Di laman TikTok, seorang pengguna, mikaylasoffya, meluahkan rasa kecewanya dengan sikap rider foodpanda. Tidak berpuas hati kerana minumannya didapati pecah dan tidak boleh diminum lagi, dia hanya memohon agar rider berkerja dengan ikhlas.

Jelasnya, dia bukan sengaja tidak mahu turun ke tingkat bawah untuk mengambil pesanan tapi kerana hari ini perlu melayani pelanggan, dia berasa letih dan tidak dapat berbuat demikian. Tambahnya, meskipun rider itu tidak berpuas hati dan marah, seharusnya tidak melontarkan makanan, tak baik. Wanita itu juga penat dengan kerja setelah seharian mencari rezeki.

https://www.tiktok.com/@mikaylasoffya/video/7035543359766727963?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8HxuszRE2MjZYIjP9cuyts%2BEdpktVlF%2BCKPgVMucmzHOnQF%2FpCDjMRnBL6TkJY%2F0OhqHfvO3axeR8MTLEGgA%3D&checksum=175c38bec412019143cbd87d08f29b50240f5c45c5fe07a5bd573ad2731cb8ca&language=en&mid=7033090918219631387&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7035543359766727963&share_link_id=3bdaf79c-4979-4a1e-b88b-542400182811&source=h5_t&timestamp=1638151407&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@mikaylasoffya##riderfoodpanda ##india kita bukan tak bagi kerjasama turun bawah tp bukankah foodpanda janji hantar makanan sampai depan pintu rumah??

♬ suara asli – Pejuang_Rupiah

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Namun di ruangan komen, warganet mempunyai pendapat berbeza darinya. Mereka menasihatkannya untuk tidak memetingkan diri sendiri. SIKAP RIDER FOODPANDA

Bersedia Lain Kali!

Tambah mereka, wanita itu seharusnya memainkan peranannya juga dan memudahkan urusan para rider memandangkan mereka juga sibuk mengejar pesanan lain. SIKAP RIDER FOODPANDA

Walau apapun, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Harap perkara ini merupakan salah faham diantara dua pihak. Para rider dan pelanggan perlu memainkan peranan masing-masing dan mempunyai sift bertoleransi.

Kredit: TikTok mikaylasoffya

Baca Juga: “Jangan Main Game Masa Berjalan!” Abang Grab Berang Dengan Pejalan Kaki, Terus Turun Bagi ‘Nasihat’ Pedas.

tags: