Kedai mamak merupakan lokasi terkenal untuk orang ramai berkumpul dan meluangkan waktu bersama kawan-kawan. Tak kira usia atau bangsa dan agama, ia juga dikenali dengan pelbagai makanan menarik seperti nasi kandar, roti canai, roti tisu dan sebagainya.
Layanan mesra pekerja kedai mamak juga boleh mencuit hati pelanggan, membuatkan mereka berasa selesa dan disambut dengan baik. Selain itu, gelagat mereka sewaktu bekerja pun boleh menghiburkan sesiapa sahaja. Kadang-kadang boleh tergelak juga!
Di laman TikTok, seorang pengguna, shasyasulieman, berasa terhibur bila melihat gelagat lucu seorang pekerja kedai mamak sewaktu menghantarkan pesanannya.
Memesan roti tisu, wanita itu merakam detik itu oleh kerana roti itu terlampau tinggi. Namun, dia berjaya dihiburkan oleh pekerja tersebut kerana dia tiba-tiba sahaja menari setelah tiba di mejanya. Walaupun begitu, roti tisu itu masih lagi terdiri dengan elok. Hebatnya!
@shasyasulieman♬ Helikopter – Fazlija
Gelagat pekerja itu bukan sahaja berjaya menghiburkannya, malah warganet yang lain turut tergelak melihat video itu.
Hebatnya gelagat pekerja itu. Bila melihatnya, kita juga berasa terhibur dan tersenyum. Siapa kata pekerja kedai mamak tak hebat? Bukan sahaja roti tisu setinggi KLCC boleh dihasilkan, malah tarian poco-poco pun boleh buat. Comelnya!
Nanti lain kali bila anda ke mana-mana kedai mamak, cuba pesan roti tisu tinggi-tinggi. Tengok aksi apa yang pekerja itu akan lakukan.
Kredit: TikTok shasyasulieman
Baca Juga: Layan Kawan Baru Dengan Mesra & Baik, Orang Ramai Terharu Melihat Persahabatan Itu