Dalam dunia perniagaan ini, kita akan bertemu dengan berbagai jenis orang. Ada yang elok, ada yang sebaliknya. Salah satu cabaran besar bagi seorang peniaga adalah perlu berurusan dengan pelanggan yang berbagai jenis ragam. Maklumlah kita tidak boleh memuaskan semua orang, kadang-kadang sesiapa sahaja boleh berasa lemah dan putus semangat bila berhadapan dengan individu yang tidak bertolak ansur.
Namun begitu, ada juga segelintir pelanggan yang menyenangkan dan baik hati. Sikap itu boleh bantu menaikkan semangat peniaga. Sekaligus pelanggan yang pemurah juga dapat bantu memberi rezeki pada peniaga pada waktu yang mencabar.
Di laman TikTok, seorang peniaga, khyrulz88, berasa terharu kerana dapat ditemukan dengan seorang pelanggan yang pemurah.
Tambahnya, pelanggan itu telah kunjungi gerai kecilnya untuk membeli nasi di sana. Menghulurkan wang bernilai RM 50 untuk membayar nasi yang dibeli, pelanggan tersebut bagaimanapun menyedekahkan baki wang itu pada peniaga tersebut walaupun cuma membeli sedikit. Terharu, peniaga itu terus mendoakan agar pelanggan itu sentiasa dimurahkan rezeki.
@umar_nasi_kedah Masih ramai lagi hamba Allah yg pemurah.
@khyrulz88Masih ramai lagi hamba Allah yg pemurah.♬ Buah Jadi Permadani Cover – ns78_officiall
Menjengah di ruangan komen, warganet juga tersentuh dengan hal itu dan mendoakan agar peniaga dan pelanggan itu sentiasa dimurahkan rezeki. Malah, ada yang menggesa untuk berbuat baik sesama insan.
Namun, ada juga beberapa warganet yang terpikat melihat ayam goreng yang dijual olehnya. Saiz yang besar, mesti puas hati bila dimakan. Bagusnya bila kita dapat ditemukan dengan individu yang pemurah seperti pelanggan itu, kan? Rasa penat lelah terus hilang dan tanpa diduga, rezeki sebegitu telah datang. Semoga peniaga dan pelanggan itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan dimurahkan rezeki selalu.
Kredit: TikTok khyrulz88
Baca Juga: Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu