Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Tak Tahu La Nak Komen Apa..” Kecewa Dengan Hasil Ayam Masak Lemak, Warganet Tampil Bantu

“Tak Tahu La Nak Komen Apa..” Kecewa Dengan Hasil Ayam Masak Lemak, Warganet Tampil Bantu

Kategori: ,
ayam masak lemak

Kerja memasak sebenarnya tidak semudah disangka. Bukan sahaja ia memerlukan bakat, malah bahan dan sukatan yang tepat juga memainkan peranan penting dalam masakan. Jika tersalah, lain pula jadinya, boleh potong mood untuk makan!

Siapa sahaja yang tidak akan berasa kecewa bila melihat hasil masakan yang tak jadi, kan? Boleh putus semangat untuk ke dapur. Lagi-lagi bila kita sudah beria nak masak tapi bila menjenguk ke dapur, hasilnya sangat lain dari yang lain. Masih boleh diselamatkan?

Niat Nak Buat Ayam Masak Lemak Tapi..

Di laman Facebook, seorang pengguna, Ilyas Yusof Hartanah, memuat naik beberapa keping gambar dan berkongsi hasil masakannya baru-baru ini.

Disuruh untuk menyediakan ayam masak lemak, lelaki itu bagaimanapun berasa kecewa melihat hasilnya sehingga terkedu. Rupa masakannya pula tidak sama dengan mana-mana ayam masak lemak. Nampak macam tomyam pun ada! Macam mana boleh jadi macam ini?

Bila disuruh masak lemak ayam.. aiii. xtau la nak komen apa, ingat masak tomyam ke campak2 siap.

ayam masak lemak ayam masak lemak ayam masak lemak

Cuba Cara Ini Pula..

Menjengah di ruangan komen, warganet bantu dan memberi beberapa tips untuk ‘menyelamatkan’ masakan itu. Jangan dibuang, cuba cara ini. ayam masak lemak

Hasil Masakan Yang Menghiburkan

Namun, ada juga yang berasa terhibur melihat hasil masakan lelaki itu. Sekali tengok terus rasa nak tergelak pula. ayam masak lemak

Bila memasak, pastikan anda menggunakan sukatan yang tepat bagi mengelakkan perkara sebegini dari terjadi. Jika tak berhati-hati, lain pula jadinya.

Tambahan pula, masakan yang tidak menjadi itu jangan dibuang. Mesti ada cara-cara yang boleh digunakan untuk menyelamatkannya. Cuma perlu rajin bertanya sahaja, pasti ada solusinya.

Kredit: Ilyas Yusof Hartanah via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Mana Jual Ni, Nak Beli..”, Telur Langsung Tidak Melekat Pada Kuali Buat Orang Ramai Berminat Pada Kuali Wanita Ini

tags: |