Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging Yang Sangat Pedas, Sama Macam Mak-Mak Masak

Ini Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging Yang Sangat Pedas, Sama Macam Mak-Mak Masak

Kategori: ,,
RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T

Masakan rendang amat dikenali di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sering dinikmati pada hari perayaan atau sambutan istimewa, hidangan itu menjadi kegemaran ramai. Penyediaannya pula memerlukan waktu yang lama, malah setiap keluarga mempunyai resepi rendang tersendiri.

Bagi anda yang minat dengan rendang yang pedas, perlu lah cuba resepi rendang rempah cili padi daging yang dijamin akan memuaskan sesiapa sahaja yang mencubanya. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian oleh Azlina Ina.

Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging

Bahan-Bahan

  • 1kg daging
  • Minyak masak (guna jenama ini)
  • Sedikit air
  • Garam
  • Perasa
  • 2 paket kerisik
  • 1 kotak santan 250ml
  • Daun kunyit
  • Serai
  • Air asam jawa

Bahan-Bahan Rempah

  • 5 sudu besar biji ketumbar
  • 3 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar jintan manis

Nota: Semua bahan-bahan rempah perlu disangai dan disejukkan, baru tumbuk atau kisar. Jika ditumbuk ketika panas, dia akan menjadi liat. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T

Bahan-Bahan Pes

  • 30 hingga 40 batang cili padi hijau
  • 2 labu bawang besar (dibelah 6 atau 8)
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih
  • 3 hingga 4 batang serai (dihiris)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Nota: Kisar semua bahan dengan sedikit air. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T

Cara Penyediaan

  1. Tuangkan sedikit minyak di dalam kuali, jangan terlalu banyak.
  2. Tumiskan pes sehingga naik minyak.
  3. Masukkan rempah dan sedikit air, kacau lagi sehingga naik minyak semula. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T
  4. Masukkan daging dan terus tutup, biarkan keluar air daging dan daging kecut, baru tambah air dan sedikit garam dan perasa. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T
  5. Biar daging empuk.
  6. Tambahkan 2 paket kerisik dan santan dan biarkan mendidih dan pekat. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-TRESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T
  7. Masukkan daun kunyit yang dihiris dan serai. Gaul sehingga sebati. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T
  8. Tambahkan air asam jawa, ketika ini dah boleh perasa ikut selera masing-masing. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T
  9. Siap untuk dinikmati. RESEPI-RENDANG-REMPAH-CILI-PADI-T

Bila melihat gambarnya pun dah rasa terliur. Mesti kepedasan rendang ini boleh buat sesiapa sahaja terangkat! Bagi anda yang benar-benar minat dengan hidangan pedas dan aneka rendang, boleh lah mencuba resepi rendang rempah cili padi daging ini yang sangat enak.

Jangan lupa untuk menyediakannya bersama keluarga tersayang. Sambil masak, sambil itu boleh meluangkan masa bersama.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Azlina Ina via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Resepi Nasi Himpit Kuah Kacang Yang Mudah & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

tags: