Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bayangkan Dia Tak Cuci Dulu..” Terus Hilang Selera Bila Terjumpa ‘Benda’ Pelik Dalam Nasi Dari Kedai Mamak

“Bayangkan Dia Tak Cuci Dulu..” Terus Hilang Selera Bila Terjumpa ‘Benda’ Pelik Dalam Nasi Dari Kedai Mamak

Kategori:
TERUS HILANG SELERA

Kedai mamak merupakan tempat terkenal untuk lepak bersama kawan-kawan sambil menikmati beberapa hidangan yang enak seperti roti canai, nasi kandar, tosai dan banyak lagi. Suasana di sana menjadi kesukaan ramai namun memandangkan keadaan sekarang, makanan di kedai itu boleh dipesan menerusi talian dan dihantar di rumah.

Walaupun terkenal, kedai mamak masih lagi dilanda beberapa kontrovesi kerana isu kebersihan dalam penyediaan makanan. Ramai yang berasa ragu dan mengelakkan diri dari ke sana, namun ada yang masih yakin dengan kualiti makanannya.

Terus Hilang Selera Bila Terjumpa Sesuatu Dalam Nasi

Di laman TikTok, seorang pengguna, ice_byte, memuat naik sebuah video dan berasa keliru dengan penemuannya baru-baru ini.

Membeli nasi kandar di sebuah kedai mamak untuk dimakan di rumah, dia berasa teruja untuk menjamah makanan yang dibeli. Namun, dia mula berasa hairan bila menemui sesuatu yang aneh dalam nasinya. Diselongkar, rupa-rupanya ianya sebiji telur ayam yang belum lagi dikupas, terus hilang seleranya. Hairan, dia keliru bagaimana perkara itu boleh terjadi.

https://www.tiktok.com/foryou?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ya8pPxixvmvLg2reBsWIN8b6LTmNfqFdu8rgDXjyt3vtpzs%2BJoevtfQf95XIO5AavyF70b8RZ90jkINcGgA%3D&checksum=f36b895aae4b6fbd8127afc0ede5ce6432bfd824a115170ff29307ce40d8ce6b&language=en&mid=7031910811879376897&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7037365727963204890&share_link_id=c115691c-537d-4f47-b2b4-dc2ee7ac7917&source=h5_t&timestamp=1638577654&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&item_id=7037365727963204890&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937#/@ice_byte/video/7037365727963204890

@ice_bytelain macam service kat kedai mamak ni♬ THE WOMAN WAS TOO STUNNED TO SPEAK – Heliqs

Kena Troll Dengan Pekerja Di Kedai Mamak

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa terhibur dengan apa yang terjadi. ‘Dikhianati’ oleh pekerja kedai mamak, masing-masing mempunyai teori sendiri bagaimana perkara itu boleh terjadi. TERUS HILANG SELERA

Kalau Belum Dicuci Macam Mana?

Malah, ada yang sempat mengusiknya mengenai kebersihan telur ayam tersebut. Jika tidak dicuci dengan elok-elok, agaknya macam mana? TERUS HILANG SELERA

Memang selalunya lauk terkenal dalam kari nasi kandar adalah telur rebus tapi sekurang-kurangnya ianya dikupas dahulu sebelum dimakan. Bila terjumpa sebiji telur ayam sebegini yang belum dikupas, pasti berasa hairan dan was-was. Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja terus hilang selera.

Kredit: TikTok ice_byte

Baca Juga: “Hati-Hati Bila Memilih Tempat Makan..” Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak, Semuanya Gara-Gara..

tags: