Proses penyediaan donat tidaklah semudah yang disangka. Setiap langkah perlu dilakukan dengan teliti dan mengikuti sukatan yang tepat bagi menghasilkan donat yang lembut dan gebu, sesuai untuk dimakan oleh semua.
Namun begitu, setiap orang akan mengalami kesulitan setiap kali mencuba untuk membuatnya. Tak kira lah mahir atau tidak dalam dunia bakeri, penyediaan doh donat tidak patut dipandang rendah. Jadi, pastikan anda fokus dan teliti, jika tidak, hasilnya pasti akan mengejutkan anda!
Di laman Facebook, seorang wanita, Hidayu Hamieza Idyzraf memuat naik beberapa gambar dan berkongsi hasil doh donat yang disediakannya baru-baru ini.
Terkejut melihat kejadian pada doh donatnya, dia hairan bagaimana doh yang direhatkan boleh terlajak kembang sebegitu rupa sehingga melekat pada penutup bekas yang disimpannya. Namun begitu, doh itu masih lagi boleh diselamatkan dan hasilnya, donat yang digoreng masih lagi gebu. Nasib baik!
Bukan x jadi.. terkejut buka2 trlajak kembang.. jenuh nak cuci bm. Tapi donut dia lembut elok.
Menjengah di ruangan komen, ada warganet yang takut juga untuk cuba membuat donat kerana jika tersalah sedikit, hasilnya sangat mengecewakan, kerasnya sama seperti batu! Nasib baik wanita itu masih lagi berhasil.
Ada juga yang berasa teringin dengan donat yang dihasilkan meskipun dohnya terlalu kembang. Nampak sedap, sempat lagi meminta beberapa biji.
Agak-agaknya apa lah yang diletakkan dalam bahan-bahannya agar doh donat itu kembang sebegitu rupa. Nasib baik hasilnya masih lagi gebu dan boleh dimakan. Jika tidak, mesti berasa sedih kerana sia-sia sahaja bersusah payah untuk menyediakan donat.
Kredit: Hidayu Hamieza Idyzraf via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Tak Tahu La Nak Komen Apa..” Kecewa Dengan Hasil Ayam Masak Lemak, Warganet Tampil Bantu