Masakan dari seorang isteri adalah masakan terbaik selain dari ibu. Bukan sahaja terbaik malah kesedapannya juga turut luar biasa. Oleh sebab itulah anak-anak dan suami menyukai air tangan isteri. Sehinggakan kalau pergi bekerja sekalipun pasti ingin membawa bekal.
Bukan sahaja kerana harga makanan yang dijual di luar itu lebih mahal namun kesedapan air tangan seorang isteri itu sungguh luar biasa. Berkenaan dengan bekal ini, terbaharu seorang lelaki sempat diusik kawannya kerana membawa bekal dari rumah.
Apabila ditanya siapa yang memasak bekal berkenaan, dengan begitu bangga dia memberitahu isterinya yang memasak bekal tersebut. Penuh berselera dia menikmati juadah tengaharinya sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Imran Daz ini, dapat disaksikan kawannya yang melihat lelaki yang membawa bekal ini agak tergugat apabila ditanya oleh Imran adakah dia membawa bekal atau tidak. Sempat berkata, untunglah ada bini.
https://www.tiktok.com/@imran_bzr/video/7037393827602222362?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@imran_bzrkau ade bekal 😝😝😝😝
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan menyifatkan lelaki ini menghargai pengorbanan isterinya yang bangun awal pagi menyediakan bekal untuknya. Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang sempat berpesan agar jangan lupa membawa pulang bekas atau tupperware berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada juga para isteri yang sempat berkongsi pengalaman mereka. Yang mana bangun awal pagi untuk menyediakan bekal buat suami tersayang. Ada yang memasak dengan jumlah yang banyak kerana rakan-rakan suaminya juga turut makan bersama.
Namun ada juga yang bergurau, mengatakan lelaki ini kental kerana membawa bekal menggunakan tupperware. Bimbang jika tidak dibawa pulang, mengamuk isterinya nanti.
Berbeza kan sekarang? Kalau dahulu nak bawa bekal geng lelaki ini pasti berasa agak malu nak mengaku. Namun sekarang jauh bezanya, bahkan mereka lebih bangga lagi apabila isteri yang memasak bekal berkenaan.
Kredit: TikTok Imran_bzr