Walaupun dunia semakin maju dan dunia perubatan makin berkembang, masih ramai yang mengamalkan cara tradisional untuk merawat masalah kesihatan. Mudah dan selamat, perubatan tradisional sering menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, selalunya dari tumbuh-tumbuhan.
Seperti yang ramai tahu, air kelapa merupakan antara ubat tradisional yang sering diamalkan untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan, terutamanya demam. Tapi pernahkah anda cuba bakar air kelapa? Banyak khasiatnya!
Di laman TikTok, seorang pengguna, noremiie70, memuat naik sebuah video dan berkongsi kaedah dahulu untuk menikmati air kelapa.
Belum pernah dicuba, wanita untuk cuba untuk membakar air kelapa di atas dapur setelah dicadangkan oleh jirannya untuk dijadikan sebagai ubat. Bakar sehingga mendidih, air itu boleh dinikmati terus.
@norabdul70 #airkelapabakar #fypシ #fypシ #fypシ #fyp #fyp
♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
@noremiie70##airkelapabakar ##fypシ ##fypシ ##fypシ ##fyp ##fyp♬ original sound – Fasha_Ariana_Official
Menjengah di ruangan komen, nampaknya air kelapa bakar itu sudah dinikmati dari dahulu lagi kerana mempunyai banyak manfaat pada kesihatan.
Seperti yang kita tahu, air kelapa itu bagus untuk kesihatan jadi tak salah jika kita cuba amalkan air kelapa bakar ini pula. Sihat dan selamat untuk kesihatan, minuman ini boleh diamalkan dalam kadar sederhana. Anda pernah mencubanya? Pasti badan kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga.
Kredit: TikTok noremiie70