Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Susah Ditemui? Ini Cara Mudah Untuk Buat Serbuk Garam Masala, Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Resepi

Susah Ditemui? Ini Cara Mudah Untuk Buat Serbuk Garam Masala, Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Resepi

Kategori: ,,
GARAM MASALA

Garam masala merupakan campuran rempah ratus yang berasal dari Selatan Asia. Sering digunakan dalam masakan di negara India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, rempah ini juga dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai jenis hidangan.

Memandangkan masakan India kini semakin mendapat sambutan, tak hairan mengapa orang ramai ingin mendapatkan dan menggunakannya dalam pelbagai sajian. Mempunyai rasa rempah ratus yang enak, penggemar masakan berempah wajib menggunakannya. Namun begitu, ia masih lagi sukar didapati di pasaraya. Jadi, apa kata kita cara mudah ini untuk menyediakan serbuk garam masala sendiri di rumah.

Resepi Serbuk Garam Masala

Bahan-Bahan

  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 helai daun bay
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 7 biji buah pelaga
  • 10 hingga 12 butir cengkih

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali yang panas, sangai semua rempah.
  2. Tutup api dan gunakan lesung untuk tumbuh semua rempah yang telah disangai sehingga pecah separuh hancur.
  3. Seterusnya, gunakan pengisar untuk kisar rempah sehingga menjadi serbuk halus.
  4. Setelah siap, ambil rempah itu dan simpan dalam botol kering untuk kegunaan seterusnya.

GARAM MASALA

Mudahnya nak buat sendiri rempah garam masala di rumah, cuma menggunakan beberapa rempah sahaja anda boleh menikmati rasa rempah yang enak dan berempah dalam pelbagai masakan. Namun, jika anda tak sempat untuk menyediakannya di rumah, boleh juga beli di sini. Tapi lagi bagus bila kita buat sendiri, kan?

Kredit: Inda Ismail via MAHN

Baca Juga: Ini Resepi Rendang Rempah Cili Padi Daging Yang Sangat Pedas, Sama Macam Mak-Mak Masak

tags: