Setiap orang impikan persekitaran tempat kerja yang baik dan sihat. Bukan sahaja waktu bekerja yang seimbang, malah majikan yang baik hati dan pemurah sering menjadi idaman. Perkara itu boleh membuat sesiapa sahaja berasa senang untuk bekerja setiap hari.
Majikan yang baik bukan sahaja memahami tapi pemurah dan mengambil berat. Soal pekerja sangat bertimbang rasa, risau dan selalu mementingkan kebajikan mereka. Seronoknya bila bekerja dengan majikan sebegitu.
Di laman TikTok, seorang pengguna, syaaangah, memuat naik sebuah video dan berkongsi bahagian pantry di tempat kerjanya baru-baru ini.
Tidak seperti tempat kerja yang lain, pantry itu dilengkapi dengan aneka snek dan minuman, cukup untuk setahun. Malah, peti ais di tempat kerjanya juga dipenuhi dengan minuman kotak. Menurutnya, barangan itu merupakan sumbangan dari majikan untuk semua pekerja. Untungnya dapat majikan yang baik hati dan tak berkira untuk memberi pada pekerja.
https://www.tiktok.com/@syaaangah/video/7038080543837244699?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo82IJkDLPIuSknPesuYNW%2BlrIGRZ%2B0%2FfID%2BLrKcjr7m%2FWA7yaJCIsbStpqIqxdc3W4jGnORa4TkOGVh91sGgA%3D&checksum=9ea35aebd5e9c107a47f8ef35604a342f3b54ef15ab0bf7b29fea4ab77c7fa2e&language=en&mid=6746993352891189249&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7038080543837244699&share_link_id=35d39984-3d6a-418b-ab13-6265c3344431&source=h5_t×tamp=1638849572&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@syaaangahhampa ada boss mcm ni tak… tak ada??? lemah…♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah di ruangan komen, jelas ramai yang cemburu pada wanita itu kerana bertuah dan mempunyai majikan sebegitu. Untungnya!
Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman pahit. Tak semua orang beruntung seperti wanita itu.
Untungnya dapat majikan sebegini. Nak cuti pun tak sanggup sebab terlampau sayangkan persekitaran tempat kerja dan majikan. Tak salah pun jika majikan berkongsi rezeki dengan pekerja. Perkara itu akan membuatkan mereka berasa lebih senang.
Semoga kita semua dipertemukan dengan majikan yang baik-baik sahaja bila bekerja.
Kredit: TikTok syaaangah