Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Tawar Homemade Lemak Berkrim & Rangup

Resepi Biskut Tawar Homemade Lemak Berkrim & Rangup

Kategori:
biskut tawar

Biskut tawar atau dikenali sebagai biskut mayat adalah makanan bijirin yang rata dan kering yang dibakar dan biasanya dibuat dengan tepung. Ia sedap dimakan begitu saja atau cicah dengan air teh atau kopi. Malah ia juga boleh disapu dengan jem atau mentega.

Biskut tawar jenama ‘Hup Seng’ adalah yang paling popular, dekat pasaraya pun ada jual. Namun, anda juga boleh buat sendiri di rumah ‘in case’ kat rumah korang kehabisan biskut tawar dan kedai masih tutup. Jom kita lihat cara-cara untuk membuat biskut tawar yang dikongsikan oleh AJ Idris di Facebook.

Biskut Tawar ‘Cream Crackers’ Sangat Sedap Dan Puas Hati

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak sayuran
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • 1/4 cawan susu penuh krim – (balance korang buat kopi viral Dalgona tu mesti ada kan. Kalau takde guna air kosong pun boleh tapi kurenglah lemaknya)

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Campurkan semua bahan, uli sampai menjadi doh. Susu mungkin tidak perlu masukkan semua, agak-agak dah elok jadi doh sudah ya.
  2. Canaikan sampai nipis, bahagikan seberapa yang boleh.
  3. Saya dapat bahagikan 12 keping. Cucuk dengan garfu macam dalam gambar.
  4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak bagi dia rasa lebih berlemak, sapukan butter cair. Kalau tak letak pun dah sedap.
  5. Siap untuk dihidang.

Mudah je kan nak buat biskut ni. Jadi, anda boleh la cuba kalau anda tiba-tiba rasa nak makan biskut tawar cicah air teh pada waktu pagi tapi kedai belum buka, inilah masanya untuk anda cuba buat sendiri di rumah. Lebih puas hati kerana anda boleh buat ikut citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba!

Kredit: AJ Idris

Baca Juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Murtabak Cream Crackers, Yang Boleh Dibuat Sebagai Hantaran!

tags: | |