Sebagai seorang manusia, kita sering digesa untuk melakukan kebaikan dan menyumbang pada mereka yang memerlukan. Walaupun cuma sedikit, amalan itu boleh dijadikan contoh pada orang lain.
Amalan bersedekah ini sesuatu yang mulia. Malah, ianya dapat membersihkan hati dan mempermudahkan rezeki kita di kemudian hari. Namun begitu, apa perasaan anda apabila sumbangan yang diberi akan diperlekehkan? Pasti kecewa.
Di laman TikTok, seorang pengguna, cikdot2, tidak dapat menahan diri dari berasa sedih dan kecewa apabila sumbangan yang ingin diberikan telah diperlekehkan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, dia telah ke sebuah masjid untuk memberikan sumbangan dalam bentuk makanan. Namun begitu, ianya ada beberapa individu yang telah menuduhnya menggunakan duit haram untuk diberi pada masjid. Kecewa, dia bagaimanapun meluahkan bahawa dia berasa amat penat dan rezeki yang dicari olehnya adalah halal.
@cikdot2 Ya Allah kau murah Kan Rezeki macam air dilaut…
@cikdot2Ya Allah kau murah Kan Rezeki macam air dilaut…
Menjengah d ruangan komen, warganet berasa bersimpati dengan apa yang terjadi dan memohon agar dia terus kuat dan sabar menghadapi ujian itu. Nak berbuat baik ini pasti ada yang akan iri hati.
Malah, ada yang berasa bahawa pihak masjid tidak akan menolak sumbangan yang ingin diberi dengan begitu sahaja. Pasti ada pihak lain yang cemburu dan iri hati dengan wanita itu.
Bila kita ingin berbuat baik, pasti ada cemburu dan tidak senang dengan segala yang kita lakukan. Namun begitu, jangan terlalu peduli dengan pandangan orang lain dan teruskan melakukan amalan mulia. Semoga kita semua dijauhkan dari segelintir manusia yang negatif.
Kredit: TikTok cikdot2