Baru-baru ini, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk membenarkan mengimport ayam bulat sejuk beku untuk dijual di pasaraya besar.
Namun begitu, peniaga kecil meluah rasa kembimbangan dengan keputusan tersebut kerana ia akan menjejaskan peniaga-peniaga kecil dalam jangka masa yang pangjang.
Baru-baru ini, seorang penternak yang juga merupakan Pengarah Ayam Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Mazlina Kamaruddin, meluahkan rasa kecewa dan kerisauan dengan keputusan pihak berkuasa tersebut.
Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja akan memberi kesan pada syarikat besar yang menjual ayam segar pada pasaran terbuka terkesan malah mereka di peringkat runcit yang kebanyakkannya peniaga Melayu.
Ayam import yang sering dijual di pasaraya besar dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan harga peniaga-peniaga kecil akan menyebabkan orang ramai ke sana sekaligus akan menjejaskan mereka. Tidak mampu bersaing, lama-kelamaan, perniagaan mereka akan terkesan dan mereka gulung tirai.
Pihak media melaporkan bahawa pihak kerajaan telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam sejuk beku bagi tempoh tiga bulan bermula pada bulan ini sehingga Februari 2022. Kebenaran itu telah dilaksanakan bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran itu, membabitkan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.
(Mazlina Kamaruddin, Pengarah Ayam Bismi Empire Sdn. Bhd.)
Tambah Mazlina, syarikat penternakan pula terpaksa terpaksa mengeluarkan produk hiliran atau ayam segar beku bagi mengurangkan kerugian. Keputusan tersebut juga membuatnya berasa tidak berpuas hati.
Selain itu, dia turut terkesan apabila ada segelintir pihak yang menuduh peniaga kecil degil kerana tidak mahu menurunkan harga ayam. Seperti dihukum, dilambakkan ayam import pula. Namun, dia sedia menerima ujian ini dan cuba untuk bertahan.
Semoga peniaga-peniaga kecil terus tabah menghadapi ujian yang berat sebegini. Tak mudah, harap ada penyelesaian yang akan mengembirakan semua pihak pada waktu akan datang.
Kredit: Mazlina Kamaruddin, Utusan Malaysia
Baca Juga: Kenaikan Harga Ayam Menjejaskan Ramai Pihak, Akhirnya Isu Itu Memaksa Peniaga Ini…