Sebagai seorang pasangan yang baik dan penyayang, pastinya kita tahu penat lelah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan kita untuk sama-sama membina sebuah mahligai yang bahagia. Tak mudah dan penuh dengan cabaran, kita patut lebih menghargai pasangan masing-masing sebelum kehilangan.
Kadang-kadang mereka tidak meminta, cukup sekadar meluangkan waktu bersama. Namun apa salahnya jika kita memberi sedikit tanda penghargaan dan kejutan buat mereka? Perkara itu pasti akan menggembirakan hati si dia.
Di laman TikTok, seorang pengguna, joe_joe_86, memuat naik sebuah video dan berkongsi detik manis bersama keluarga di restoran Secret Recipe baru-baru ini.
Ingin menghargai penat lelah isterinya dalam mengharungi cabaran rumah tangga bersama, lelaki itu memutuskan untuk melakukan sebuah kejutan istimewa buatnya.
Meminta pekerja di restoran itu untuk bantu menghantarkan hadiah gelang pada isterinya ketika mereka makan, dia terkedu menerima kejutan sebegitu. Hanya mampu tersenyum, isterinya tampak gembira!
@joe_joe_86 trima ksih sudi hdup susah dan snang,,,
@joe_joe_86trima ksih sudi hdup susah dan snang,,,♬ Play Date – Melanie Martinez
Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terharu melihat perkara tersebut. Kadang-kadang ada juga sesetengah lelaki yang tampak tenang dan tidak menunjukkan emosi di luaran tapi hatinya sangat lembut dan pandai menghargai pasangan.
Malah, ada yang berasa cemburu bila melihat perkara tersebut. Setiap orang pasti inginkan pasangan yang tahu menghargai.
Untungnya si isteri bila mendapat suami seperti ini. Biar lah dihadapan orang lain dia tampak tidak penyayang, cukup kita sahaja yang tahu. Semoga kita semua juga tahu menghargai pasagan masing-masing.
Jika tak mampu memberikan apa-apa, ambil lah sedikit waktu untuk meluangkan masa bersama. Perkara itu pasti akan membuat mereka tersenyum sepangjang hari.
Kredit: TikTok joe_joe_86
Baca Juga: “Untunglah Ada Bini..” Makan Bekal Yang Dimasak Isteri, Kawan Dekat Sebelah Pula Yang Tergugat