Untuk meraih perhatian di media sosial, pelbagai gelagat yang telah dilakukan oleh orang ramai dengan harapan dapat menjadi seorang bintang media sosial terkenal atau sekadar meraih jutaan tontonan. Ada gelagat yang pelik dan menghiburkan, ada pula yang undang perasaan marah dari warganet. Walau apapun, jika dimuat naik, lambat laun orang ramai akan bercerita.
Namun begitu, elakkan diri dari memuat naik gelagat pelik anda di media sosial kerana perkara itu mungkin akan membuat orang ramai ‘pecah perut’ dan ada juga yang akan berasa sakit hati bila melihat anda. Pelik sangat nanti pening pula orang lain.
Di laman TikTok, seorang pengguna, rahulkejora, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat peliknya di sebuah kedai makan bersama kawan perempuannya.
Ingin menikmati semangkuk mi rebus, pada permulaan video itu pun lelaki itu sudah berkelakuaan aneh sebelum meletakkan sesudu serbuk cili dalam minya. Selepas itu, lelaki itu bertindak dengan memusingkan kepalanya. Tak menghiraukan gelagat pelik itu, kawannya seperti sudah terbiasa dengan perkara itu lalu menukarkan makanan mereka seperti ingin mengenakannnya.
Bagaimanapun, selang beberapa saat, gelagat lelaki itu membuatkan kawannya tidak mampu menahan diri dari ketawa setelah melihatnya.
@rahulkejora Keren kan Beb @myynurr
@rahulkejoraKeren kan Beb @myynurr♬ Pipo ♡ – pipo ♡
Menjengah di ruangan komen, jelas video tersebut berjaya meraihkan perhatian warganet. Malah, mereka terhibur namun hairan juga melihatnya.
Boleh pecah perut bila melihat gelagat pelik sebegini. Harap lelaki itu sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah. Nampaknya video tersebut sengaja dilakonkan bagi meraih perhatian semata-mata. Walau apa jua, jangan makan pelik sebegini, nanti pening pula jadinya.
Kredit: TikTok rahulkejora
Baca Juga: “Tak Berani Nak Makan Gulai Ayam Ni..” Rupa Ayam Pelik, Warganet Turut Berasa Terhibur