Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Ada Gas..” Kicap Pekat Nampak Pelik, Warganet Nasihat Buang & Turut Kongsi Pengalaman Sama

“Macam Ada Gas..” Kicap Pekat Nampak Pelik, Warganet Nasihat Buang & Turut Kongsi Pengalaman Sama

Kategori:
KICAP PEKAT

Kicap merupakan bahan ruji, sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan, terutamanya masakan Asia Selatan. Di Malaysia, hampir semua rumah akan mempunyainya di dapur. Selain untuk memasak, ianya juga enak untuk dimakan bersama nasi putih dan telur goreng.

Jadi, tidak hairan lah mengapa ianya penting. Memandangkan terdapat pelbagai jenama dan pilihan sos kicap di pasaran, orang ramai seharusnya berhati-hati bila membuat pilihan. Selain itu, kaedah penyimpanan juga amat penting supaya ianya tidak cepat rosak.

Kicap Pekat Nampak Pelik

Di laman Facebook, seorang pengguna, Myseara Miera, memuat naik beberapa keping gambar dan berkongsi rupa pelik kicap pekat yang berada di dapurnya baru-baru ini.

Tampak pelik dan berbuih-buih, wanita itu berasa terkejut melihat perkara tersebut. Malah bila dibuka, ianya telah merecik pada dinding lalu menyebabkan kekotoran. Hairan kerana tempoh tarikh luput masih lama lagi, dia telah meminta nasihat dan pandangan dari warganet.

Maaf lari tajuk spe tau knpe ni…..nk kte expt lmbt lg 2024…dh rosak ke klu cm ni mcm ade gas lak dia

KICAP PEKAT KICAP PEKAT

Warganet Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah di ruangan komen, perkara itu juga pernah berlaku pada segelintir warganet. KICAP PEKAT

Mungkin Ini Sebabnya..

Malah, ada juga yang memberi beberapa sebab bagaimana perkara itu boleh berlaku. Jangan cepat membuat konklusi sendiri , pasti ada penjelasannya. KICAP PEKAT

Seharusnya bila membeli sesuatu barangan dapur, pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada barangan supaya tidak tersalah simpan. Ikuti setiap langkah yang telah diberi bagi mengelakkan barangan anda dari cepat rosak.

Jika ianya masih lagi rosak meskipun disimpan dengan elok, seeloknya minta penjelasan dari pihak pengeluaran supaya tiada salah faham.

Kredit: Myseara Miera via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam, Apa Ini?! Sangat Pelik, Warganet Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

tags: