Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, merupakan seorang selebriti chef yang sudah dikenali ramai. Bukan sahaja di Malaysia, malah nama beliau sudah dikenali di beberapa buah negara.
Bukan sahaja terkenal kerana personalitinya di kaca televisyen, Chef Wan juga merupakan pemilik restoran. Memiliki De. Wan 1958, restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan Malaysia dan sesuai untuk melakukan pelbagai jenis majlis.
Baru-baru ini, seorang vegan chef terkenal, iaitu ChefDave VeganJourney, telah ke De.Wan 1985 untuk menikmati beberapa hidangan dari restoran itu sambil meraikan Hari Deepavali bersama pekerjanya.
Oleh kerana Chef Dave merupakan seorang vegan, dia berasa kagum kerana restoran itu turut menyediakan pilihan hidangan vegan untuk mereka yang tidak memakan produk haiwan. Malah, anda juga boleh meminta chef untuk tidak menggunakan beberapa jenis bahan dalam hidangan yang dipesan.
Paling seronok apabila melihat Chef Dave beria menikmati hidangan sago. Tampak enak, ia juga merupakan hidangan kegemarannya. Selesai sahaja, semua orang di meja makan turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali pada penonton.
Sesudah itu, saat yang dinantikan telah tiba. Menemui Chef Dave dan ditanya pendapatnya mengenai hidangan yang telah dinikmatinya di restoran De.Wan 1958, responnya pada mulanya cuma lah ‘okey’.
Namun sekadar mengusik, dia berasakan hidangan di restoran itu sangat enak dan gembira telah berpeluang untuk meluangkan sedikit waktu bersama pekerjanya di sana. Malah, dia berasa kagum dengan pilihan hidangan vegan yang telah disediakan oleh restoran itu. Berharap akan mempunyai banyak lagi pilihan hidangan vegan pada masa akan datang, dia tentu akan kembali ke De.Wan. Nampaknya Chef Dave sangat berpuas hati!
Tonton video di sini.
Nampaknya hidangan di restoran De.Wan 1958 oleh Chef Wan tak pernah mengecewakan. Bagi anda yang ingin merasai hidangan Malaysia yang enak dan dimasak mengikuti resepi oleh chef terkenal itu, pastikan anda kunjungi ke sana.
Kredit: ChefDave VeganJourney
Baca Juga: “Saya Haramkan…” Chef Wan Dedah Tak Pernah Guna ‘Bahan’ Ini Di Restoran Miliknya