Spicy Korean Chicken salah satu makanan yang ramai orang suka. Ia amat sesuai kepada anda yang menggemari makanan pedas. Sangat jimat dan lebih puas hati jika anda buatnya sendiri di rumah kerana anda boleh buat mengikut citarasa anda atau anak-anak anda.
Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak dan sangat mudah jika anda ikuti resepi yang dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana di Facebook.
Spicy Korean Chicken Yang Lazat
BAHAN-BAHAN
- Drummet/chicken wings
- Tepung goreng bestari ( i guna yang spicy baru rasa lagi ‘kick’ pedas tu)
- Blackpepper
- Serbuk cili
- Bawang putih (blender)
- Cili kisar
- Lemon
- Madu
- Sos tomato
CARA PENYEDIAANNYA
- Perap ayam dalam tepung goreng bestari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yang dikisar. Kemudian, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu.
- Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi.
- Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu.
- Untuk sos pula, tumis bawang putih yang dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dah garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pun takde hal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti.
- Agak2 sos dah gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yang disangai tadi bersama ayam yang dah siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi warna merah campur hijau gitu. I tak letak sebab tak ada daun bawang dekat rumah. Makan macam tu pun dah best.
Mudah je rupanya nak buat spicy korean chicken ni. Anda tak perlu pergi beli di kedai, boleh buat je sendiri di rumah. Selain itu, anda juga boleh buat mengikut citarasa anda. Jika anda tidak suka terlalu pedas, anda boleh kurangkan serbuk cili.
Selamat mencuba!
Kredit foto & resepi: Rozlyn Farah Diana
Baca Juga: Korean Hot Spicy Cheese Chicken Yang Paling Mudah Nak Buat, Tak Guna Banyak Bahan Pun Tapi Rasa Dia Power Sangat!