Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Serunding Ikan Yang Mudah, Buat Banyak-Banyak & Simpan. Boleh Dimakan Di Mana Jua

Ini Resepi Serunding Ikan Yang Mudah, Buat Banyak-Banyak & Simpan. Boleh Dimakan Di Mana Jua

Kategori: ,,
RESEPI SERUNDING IKAN

Lauk serunding merupakan hidangan sampingan yang sering dinikmati oleh golongan bujang atau pelajar. Terdapat pelbagai jenis serunding yang dijual seperti serunding daging, serunding ayam atau serunding halia.

Namun, ramai yang tak tahu bahawa terdapat serunding ikan yang sama enak seperti serunding lain yang dijual di pasaran. Bagi anda yang ingin tahu cara untuk menyediakannya, boleh ikuti perkongsian resepi ini oleh Kazmimi Azmi.

Resepi Serunding Ikan

Bahan-Bahan

  • 10kg ikan sardin, ikan selayang atau ikan kembung (direbus dan ambil isinya)
  • 1kg serai
  • 1kg bawang besar
  • 100gm cili kering
  • 1kg gula
  • Segenggam garam (ikut citarasa)
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit perasa RESEPI SERUNDING IKANRESEPI SERUNDING IKAN

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk halus isi ikan yang telah siap direbus tadi.
  2. Kisarkan bawang, cili kering dan serai bersama dengan sedikit air.
  3. Masukkan santan, gula, garam dan perasa.
  4. Satukan semua bahan dalam kuali yang besar.
  5. Masak sampai kering.

RESEPI SERUNDING IKAN RESEPI SERUNDING IKANRESEPI SERUNDING IKAN

Nota: Kalau nak buat sikit, boleh kurangkan kuantiti bahan-bahan yang digunakan.

Nampak mudah sahaja untuk menyediakannya di rumah, kan? Bagi anda yang gemar dengan serunding, boleh lah cuba resepi mudah ini. Sangat enak bila dimakan bersama nasi putih dan sedikit kicap.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Kazmimi Azmi

Baca Juga: Resepi Pencuci Mulut Thailand, Red Ruby Sangat Sedap Dimakan Pada Waktu Panas

tags: