Bila ingin mengadakan sebuah majlis, selalunya orang ramai gemar menggunakan perkhidmatan katering bagi menjimatkan masa dan memudahkan. Perkara itu dapat memberi ruang pada tuan majlis untuk fokus pada hal lebih penting kerana pihak katering lebih arif dalam penyediaan makanan.
Namun begitu, perkara itu amat merisaukan kerana makanan memainkan peranan yang penting di dalam sebuah majlis. Jika tidak disediakan dengan elok, perkara itu bukan sahaja membazir, malah menghampakan diri dan tetamu.
Di laman Facebook, seorang wanita, Mamas Masstura, memuat naik beberapa keping gambar dan kongsi kekecewaannya baru-baru ini.
Telah menempah laksa Johor untuk dijamu pada tetamu yang akan datang, dia bagaimanapun berasa kecewa bila laksa tersebut didapati melekat teruk, sangat tidak berkualiti. Malah, sebanyak RM 600 telah dihabiskan untuk laksa tersebut. Kecewa, dia hanya mampu kongsikan kekecewaannya di media sosial.
Laksa Johor macam ni ke.. melekat teruk
Harga RM600.00.
Comment yg murni2..
Menjengah di ruangan komen, warganet bersimpati dengan perkara yang terjadi. Rugi dan tidak berbaloi, seharusnya pihak katering buat yang terbaik bagi memuaskan hati pelanggan. Perkara sebegitu tidak sepatutnya terjadi.
Malah, perkara itu boleh dijadikan pengajaran buat peniaga dan pelanggan supaya lebih teliti dan berhati-hati apabila berurusan.
Perkara sebegini amat mengecewakan bagi pihak pelanggan. Seharusnya pihak katering lebih berhati-hati dan menyediakan yang terbaik buat pelanggan. Percayalah jika kita bekerja secara ikhlas, perniagaan kita turut akan berkat dan maju.
Kredit: Mamas Masstura via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Rasa Air..”, Sebab Lapar Wanita Terpaksa Order Mee Sup Kayangan Yang Berharga RM60 Semangkuk