Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Sandwich Premium Yang Simple & Sedap, Sesuai Dijadikan Bekal Untuk Kerja

Ini Resepi Sandwich Premium Yang Simple & Sedap, Sesuai Dijadikan Bekal Untuk Kerja

Kategori: ,
RESEPI SANDWICH PREMIUM 1

Sandwich merupakan hidangan mudah dan pantas untuk disediakan. Malah, terdapat pelbagai jenis sandwich yang boleh dibuat sendiri seperti sandwich sardin dan sandwich telur. Pelbagai bahan di dalam peti ais boleh digunakan untuk dijadikan sebagai sandwich.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi sandwich yang baharu dan enak, boleh lah ikuti resepi sandwich premium ini. Menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di pasaraya, ianya sesuai untuk dijadikan sebagai bekal buat anda yang kerja atau untuk anak-anak ke sekolah.

Ini Resepi Sandwich Premium

Bahan-Bahan

RESEPI SANDWICH PREMIUM 1

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan Chilli Tuna bersama Kewpie Sandwich Spread.
  2. Kukus atau gorengkan Chicken meatloaf dan sausage.
  3. Basuh dan toskan daun salad sehingga kering. Ketepikan.
  4. Potong tomato dengan kemas.
  5. Sapukan margarine pada setiap lapisan roti kecuali bahagian luar. RESEPI SANDWICH PREMIUM 1
  6. Susunkan setiap bahan-bahan mengikut gambar yang telah disediakan. Bermula dengan roti, chilli tuna, daun salad, hirisan meatloaf, kepingan roti, sosej, tomato, chili tuna dan roti. RESEPI SANDWICH PREMIUM 1

RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1 RESEPI SANDWICH PREMIUM 1

Nota: Fungsi lidi adalah untuk potongan yang cantik, bukan apa sandwich ini kadang-kadang degil dan suka lari sana sini.

Mudah sahaja resepi ini, bukan? Dengan beberapa minit sahaja anda dapat menikmati sebuah sandwich yang mengenyangkan dan enak. Jika anak-anak tidak gemar dengan pedas, anda juga boleh menggunakan tuna mayo atau tuna biasa untuk kurangkan tahap kepedasan.

Buat banyak-banyak untuk seisi keluarga. Resepi sandwich premium ini juga boleh digunakan bila anda ingin berkelah. Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Iman Xii via MAHN

Baca Juga: Resepi Ubi Rebus Goreng Berempah Yang Rare, Rangup Di Luar Dan Empuk Berlemak Di Dalam!

tags: