Setiap insan inginkan pasangan yang sedia menerima kekurangan diri kita. Namun begitu, tak semua kuat dan tabah bila diuji. Melihat kekurangan pasangan, ada yang memilih cara mudah dan memutuskan untuk mengambil haluan masing-masing.
Namun begitu, perkara begitu amatlah menyedihkan. Sebagai seorang pasangan yang baik dan bertanggungjawab, kekurangan pasangan seharusnya diterima dan diharungi bersama. Saling melangkapi dan berada di sisi mereka, hargai lah pasangan anda walaupun mereka tidak sempurna kerana kita tidak tahu bila kali terakhir kita akan bersama mereka.
Di laman TikTok, seorang pengguna, yanaar004, memuat naik sebuah video yang memaparkan tindakan seorang suami terhadap isterinya yang berkerusi roda dan tidak berkemampuan lagi secara fizikal.
Melihat dari jauh, wanita itu merasakan kasih sayang yang dikongsikan diantara pasangan tersebut benar-benar indah dan ikhlas. Walaupun dengan kekurangan fizikal isterinya sebegitu, suaminya masih lagi melayani dengan baik. Malah, lelaki itu menyuap isterinya terlebih dahulu sebelum menjamah makanannya.
@yanayatie Kasih sayang hingga ke syurga…Semoga Allah permudahkan segala urusan pasangan ini..Amin2 yra…#fyp #foryoupage #foryourpage #foryou
@yanaar004Kasih sayang hingga ke syurga…Semoga Allah permudahkan segala urusan pasangan ini..Amin2 yra…##fyp ##foryoupage ##foryourpage ##foryou♬ Aisyah Istri Rasulullah – Syakir Daulay
Menjengah di ruangan komen, gelagat mereka membuatkan mereka teringat pada ibu bapa masing-masing yang turut mempunyai hubungan sebegitu.
Malah, ada juga segelintir warganet yang terharu melihat mereka dan turut mendoakan semoga mereka sentiasa dirahmati dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Semoga pasangan itu sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Untungnya si isterinya kerana telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyabar dan penyayang, sanggup menjaganya tak kira apa jua keadaan.
Kredit: TikTok yanaar004
Baca Juga: Selama 23 Tahun Hidup, Ini Kali Pertama Si Adik Masak Untuk Keluarga Buat Lelaki Ini Teruja