Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terima Kasih Buat Kek Hancur..” Kecewa Dengan Rupa Kek Yang Tiba, Majlis Individu Ini Bertukar Suram

“Terima Kasih Buat Kek Hancur..” Kecewa Dengan Rupa Kek Yang Tiba, Majlis Individu Ini Bertukar Suram

Kategori:
RUPA-KEK

Tiada majlis yang sempurna tanpa dilengkapi dengan sebuah kek, terutamanya majlis hari jadi. Untuk meraikan hari kelahiran seseorang insan yang disayangi, sebuah majlis pasti akan diadakan. Namun, tak semua orang mahir untuk menyediakan sebuah kek yang enak dan cantik.

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa, ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan bakeri untuk menyediakan kek buat majlis mereka. Namun begitu, apa perasaan anda jika kek yang telah ditempah tiba dalam keadaan yang menyedihkan?

Terima Kasih Buat Kek Hancur

Di laman TikTok, seorang pengguna, acak_east, telah memuat naik sebuah video yang memaparkan rupa kek yang menyedihkan dari sebuah majlis.

Menurutnya, pihak bakeri terkejut bila kek yang telah ditempah oleh tuan rumah tiba dalam keadaan comot dan menyedihkan sehingga terpaksa menggantikan balik kerana risau pelanggan tidak berpuas hati. Perkara itu adalah disebabkan oleh kecuaian seorang rider dari syarikat Lalamove.

Namun begitu, tuan rumah tersebut berasa sedih memandangkan majlis akan bermula tidak lama lagi dan kek yang telah dinantikan telah hancur. Tambahnya, dia memohon pada semua rider untuk berhati-hati ketika menghantarkan pesanan agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

@acak_east

Terima Kasih Lalamove buat kek hancur..Kesian Tuan Rumah #fyp #foryou #foryoupage #cakesoftiktok

♬ suara asli – 6.59 – ditboys⚡

@acak_eastTerima Kasih Lalamove buat kek hancur..Kesian Tuan Rumah ##fyp ##foryou ##foryoupage ##cakesoftiktok♬ suara asli – 6.59 – R🅰️dit

Jangan Salahkan Rider

Namun begitu, segelintir warganet berpendapat bahawa pihak tuan rumah tidak seharusnya cepat menyalahkan para rider atas perkara tersebut. Seeloknya, mereka mencadangkan supaya mengambil sendiri kek tersebut bagi mengelakkan rupa kek hancur dan comot. RUPA-KEK

Bila perkara sebegini terjadi, sudah pasti kita akan berasa kecewa. Majlis yang telah lama dirancang dan dinantikan akhirnya bertukar suram gara-gara tiada kek yang sempurna. Pasti malu dengan tetamu yang telah datang untuk meraikan.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua pihak. Bagi pihak tuan rumah, untuk lebih berhati-hati, seeloknya anda pergi mengambil sendiri kek yang telah ditempah. Buat pihak riders pula, sila pastikan anda berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan kerosakan pada pesanan pelanggan.

Kredit: TikTok acak_east

Baca Juga: Rider GrabFood Kantoi Mencuri Dalam Rakaman CCTV, Warganet Kecewa & Berang

tags: |