Bersedekah ini merupakan sebuah amalan yang mulia. Malah, ianya mudah untuk diterapkan dan dapat memupuk sifat pemurah dalam diri. Seeloknya amalan ini diajar sejak kecil supaya ianya menjadi tabiat yang bagus bila sudah dewasa.
Jika ingin bersedekah, tak semestinya anda perlu menghulurkannya dalam bentuk wang. Malah, sedekah dalam bentuk makanan juga amat dialukan. Turut, bersedekah pada jiran merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.
Di laman TikTok, seorang pengguna, fizamahmod, memuat naik sebuah video dan berkongsi nasi ayam yang telah disedekahkan oleh jirannya baru-baru ini.
Walaupun tindakan jirannya baik dan harus dipuji, namun wanita itu kecewa bila melihat nasi ayam tersebut. Menurutnya, seperti diberi sisa makanan yang tidak kehabisan, wanita itu turut memerli rupa makanan itu. Tambahnya, ianya lebih elok dibuang dalam tong sampah dari disedekahkan pada orang lain.
https://www.tiktok.com/@fizamahmod/video/7041889184340069659?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo809nu7pW84PKxkV9lAP2hY05D8dRoTC1E1tT3uExtRdmfCuck1M5ZDGzW1no2d0QSIMouytZjNEv4XYreGgA%3D&checksum=fa49070141d919654c5f482e1683dd2334e7e756bc09262420c53e0cf9058a73&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7041889184340069659&share_link_id=92132a22-0fc6-4438-be56-0a8e9599dec3&source=h5_t×tamp=1639621587&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@fizamahmodOrg kata nak sedekah, beri yang terbaik. bukan balance makanan xhabis siap dah dicobek cobek lagi.. adoi ..♬ Oh No – Kreepa
Menjengah di ruangan komen, jelas majoriti warganet berang dengan respon wanita tersebut. Seperti tidak bersyukur dengan pemberian tersebut, mereka turut berasakan makanan yang diberi berada dalam keadaan yang elok, tak seteruk seperti yang digambarkan olehnya.
Kecewa dengan sikap wanita itu, segelintir warganet juka meluahkan mereka lebih rela bersedekah pada haiwan kerana makhluk Tuhan itu lebih kenal erti syukur dan tidak memilih-milih.
Sikap wanita itu merupakan contoh yang buruk pada orang ramai. Seharusnya bila diberikan sesuatu, kita perlu tahu menghargai dan berterima kasih, bukannya mengungkit sebegitu di media sosial.
Hargailah pemberiaan seseorang meskipun tidak kena dengan selera diri sendiri. Sekurang-kurangnya dia mempunyai niat untuk berbuat baik pada anda walaupun tidak terlalu sempurna.
Kredit: TikTok fizamahmod
Baca Juga: Kereta Disimbah Maggi, Wanita Ini Mula Hilang Sabar Dengan Sikap Kurang Ajar Penduduk Flat