Ayam merupakan bahan ruji di dapur. Sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan, ia dijual di serata tempat dan boleh didapati dari peniga kecil dan pasaraya besar.
Namun begitu, tak semua ayam proses segar yang dijual di pasaran adalah serupa. Malah, terdapat beberapa perbezaan yang mungkin ramai tidak tahu. Nak tahu jenis-jenis ayam proses segar di Malaysia? Jom baca perkongsian oleh Mazlina Kamarudin MK.
Jenis-Jenis Ayam Proses Segar
- Ayam tanpa Sijil Halal Jakim. Halal kerana yang sembelih adalah orang Islam yang menunaikan ibadah solat dan kuat pegangan agama. Kebanyakkannya dari peniaga kecil.
- Ayam halal dimiliki oleh bukan Islam. Memiliki Sijil Halal Jakim dan pasukan penyembelihnya terdiri daripada orang beragama Islam.
- Ayam tak halal. Disembelih untuk orang bukan Islam, oleh orang bukan Islam. Ini mudah dikenalipasti kerana ayam tersebut akan mempunyai satu tebukan kecil sahaja.
- Ayam proses disembelih oleh orang Islam tapi bercampur tempat. Contohnya, si A mempunyai pusat pemyembelihan. Dia juga menyembelih ayam halal dan tak halal secara berselang seli.
- Ayam halal Muslim. Dimiliki oleh orang yang beragama Islam dan disembelih oleh pasukan penyembelih yang mengamalkan tatacara hidup secara Islam. Mempunyai Sijil Halal Jakim dan Mesti.
Bagi umat Islam, makanan amatlah perlu dititik beratkan. Status halal makanan itu penting kerana ia akan membentuk keperibadiaan dan iman seorang insan. Jadi, pastikan anda membeli makanan dari sumber yang halal dan dipercayai.
Semoga info ini dapat membantu anda.
Kredit: Mazlina Kamarudin MK
Baca Juga: Info Penting! Doktor Saran Ibu Bapa ‘Check’ 6 Tanda Pada Ayam Elak Anak Keracunan Makanan