Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beberapa Kali Dah Kena..” Kecewa Dengan Kuah Laksa Yang Asyik Basi, Wanita Ini Redha Dengan Ujian Perniagaan

“Beberapa Kali Dah Kena..” Kecewa Dengan Kuah Laksa Yang Asyik Basi, Wanita Ini Redha Dengan Ujian Perniagaan

Kategori:
KECEWA-DENGAN-KUAH-LAKSA

Ramai yang menyangka bahawa membina sebuah perniagaan adalah mudah. Namun, ianya tak semudah yang disangka, malah peniaga tidak akan terlepas dari kesilapan dan cabaran dari pelbagai aspek.

Walaupun pelbagai cara yang telah digunakan oleh para peniaga, namun kerugiaan tetap berlaku. Kadang-kadang hal tersebut boleh memutuskan semangat sehingga menyebabkan peniaga menggulung tirai dan menutup perniagaan mereka.

Kecewa Dengan Kuah Laksa Yang Asyik Basi Tapi Wanita Ini Memilih Untuk Redha

Di laman TikTok, seorang pengguna, misszhasz, memuat naik sebuah video dan berkongsi kekecewaannya apabila kuah laksa yang baru sahaja dimasak telah didapati rosak dan basi.

Mempunyai perniagaan laksa, sudah beberapa kali perkara sebegitu telah terjadi pada dirinya walaupun ianya baru sahaja siap dimasak. Seperti ada yang cemburu dan mengenakannya, wanita itu bagaimanapun redha dan maafkan individu tersebut. Malah, dia turut mengakui bahawa perkara ini adalah halangan untuk dirinya mencapai kejayaan.

@misszhasz

dugaan hari ini, takpa sy maafkan dia.. 😌 alhamdulillah.. mungkin bukan rezeki sy hari ni..

♬ original sound – Gaseh channel – 🦄Kakak Gaseh🦄

@misszhaszdugaan hari ini, takpa sy maafkan dia.. 😌 alhamdulillah.. mungkin bukan rezeki sy hari ni..♬ original sound – Gaseh channel – 🇵🇸GASEH CHANNEL🇵🇸

Dah Biasa Terkena Macam Ni..

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet turut berkongsi pengalaman sama. Pernah terkena dengan buatan orang yang dengki melihat perniagaan mereka maju, mereka turut menjadi mangsa hasad dengki manusia. KECEWA-DENGAN-KUAH-LAKSA

Cuba Cara Ini Pula

Malah, ada juga yang mencadangkan wanita itu mencuba beberapa cara untuk mengelakkan perkara tersebut dari berulang lagi. Mereka turut memberikan semangat padanya. KECEWA-DENGAN-KUAH-LAKSA

Kasihan pula bila perkara sebegini telah terjadi. Niat nak mencari rezeki tapi ada sahaja dugaannya. Tak mengapa,cuba dulu ikhtihar sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan. Semoga kita semua dijauhkan dari manusia yang berhasad dengki dan ingin mengapa-apakan.

Kredit: TikTok misszhasz

Baca Juga: Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support

tags: