Hujan lebat tanpa henti di beberapa buah negeri membuatkan orang ramai risau. Malah, sesetengah kawasan telah dilanda banjir besar sehingga memaksa penduduk berpindah ke pusat petempatan sementara. Meskipun ada sesetengah tempat yang belum lagi ditelenggami air, orang ramai sedang bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Oleh itu, ramai diantara kita yang sentiasa peka dan ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa. Namun begitu, pastikan anda tidak mengabaikan keadaan sekeliling, terutamanya keberadaan anak-anak anda. Jika dibiarkan, pelbagai hal boleh terjadi!
Risau akan keadaan yang semakin membahayakan, seorang lelaki, Selvakumar Arunasalam, terlalu leka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa sehingga lupa untuk menjenguk pada anaknya di rumah.
Ditinggalkan seketika, dia bagaimanapun berasa terkejut apabila mendapati satu botol rempah rosemary telah kosong, habis dicampur dengan garam masala di dapur. Bila diperiksa, rupanya perkara itu telah disebabkan oleh anaknya yang leka bermain di bawah meja tanpa menghiraukan keadaan yang semakin cemas.
Ingin menyejukkan hatinya, akhir sekali anaknya buat muka tidak bersalah bagi mengelakkan diri dari dimarahi kerana telah menghabiskan rempahnya.
Satu botol rosemary hancus, dia campur dengan garam masala. Orang tengah cemas pasal air naik, dia sedap duduk bawa meja buat hal. Last2 buat muka bersalah nak tackle saya.
Menjengah di ruangan komen, warganet terhibur dengan kejadian tersebut. Ketika ayah sedang cemas mengenai banjir, sempat lagi anaknya bergurau. Barangkali ingin mencuba resepi terbaru bagi menenangkan ayahnya.
Malah, ada yang mencadangkan lelaki itu untuk tidak membuang campuran tersebut. Elok disimpan, boleh digunakan dalam pelbagai cara.
Alahai, anak! Ketika ibu bapa cemas mengenai banjir, boleh lagi dia buat hal dia. Mungkin ingin membantu ayahnya di dapur dan hiburkan mereka, sebab itu dia bertindak sebegitu.
Walau apapun, semoga semua rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Pastikan anda sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa dan sentiasa pantau keadaan sekeliling, terutamanya anak-anak untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Kredit: Selvakumar Arunasalam via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: Penghantar Makanan Gigih Redah Banjir Hantar Order Pelanggan Buat Warganet Sebak!