Sebagai seorang emak yang baik, anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Malah, tanpa menghiraukan diri sendiri atau keadaan, mereka akan sentiasa risaukan anak-anak, terutamanya bila berjauhan.
Kadang-kadang ada juga sesetengah emak yang sanggup merentas negeri semata-mata untuk menjenguk anak-anak mereka. Walaupun negara sedang menghadapi bencana alam juga ditempuhi. Bagi si anak pula, bila berada di sisi ibu mereka, sudah pasti segala perasaan resah akan hilang, terutamanya bila melihat si emak masih lagi dalam keadaan yang tenang.
Di laman TikTok, seorang pengguna, gp_pakdin, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat selamba maknya baru-baru ini.
Rumah ditelenggami air dan berada di paras paha, sesiapa sahaja akan mula berasa cemas bila berada dalam keadaan tersebut. Namun di dapur, mak selamba masak lempeng tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Menurut lelaki itu, dia berasa kasihan pada maknya yang datang mengunjunginya di Klang, Selangor. Tidak menyangka bahawa banjir kilat akan melanda, maknya yang dari Johor, bagaimanapun tenang menghadapi bencana tersebut.
@gp_pakdin##prayforklang ##banjir♬ Janji Manis – Masdo
Namun bila menjengah di ruangan komen, warganet lebih tertumpu pada motor RXZ yang ditayangkan buat seketika di video tersebut. Malah, ramai yang lebih risau mengenai keadaan motor tersebut.
Boleh pula mereka terpikat pada motor RXZ dalam video itu? Ramai yang cemas mengenai banjir tapi nampaknya warganet lebih gemar memerhati pada motor itu.
Walau apapun, semoga motor tersebut dan semua rakyat Malaysia terus kuat menghadapi bencana ini. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat dan pantau keadaan sekeliling. Bila melihat paras air makin tinggi, segera keluarkan emak anda dari dapur dan pindahkan ke aras yang lebih tinggi.
Kredit: TikTok gp_pakdin
Baca Juga: “Buat Muka Tak Bersalah..” Cemas Mengenai Banjir, Tanpa Sedar Anak Sudah Buat ‘Hal’ Di Bawah Meja