Hujan lebat tanpa henti kebelakangan ini telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan. Shah Alam, Selangor, antara kawasan yang terkesan. Malah, ramai yang mula cemas apabila beberapa jalan raya terpaksa ditutup ekoran dari bencana tersebut.
Terputus dari keluarga, ramai yang menanti keadaan reda supaya mereka boleh merentasi jalan raya. Buat masa sekarang, mereka hanya mampu berdoa sambil menanti di dalam kereta untuk pulang ke pangkuan keluarga di rumah masing-masing.
Melihat kegusaran mangsa yang terkandas kerana banjir kilat, pihak Lotus Shah Alam telah melakukan satu inisiatif untuk menghulurkan bantuan pada mangsa-mangsa.
Seorang pengguna TikTok, afiqrozlann, memuat naik sebuah video yang memaparkan tindakan beberapa pekerja Lotus yang gigih mengagihkan bantuan pada mangsa yang terkandas ekoran dari kejadian banjir kilat.
Sedar akan kesusahan dan keresahan yang dihadapi mangsa, pekerja Lotus telah mendekati mangsa-mangsa bagi menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan. Malah, mereka telah berbuat sedemikian dari semalam bagi meringankan beban mangsa yang telah lama terkandas.
@afiqrozlann Sape2 sangkut area shah alam tu boleh rehat area parking lotus #daruratbanjir #shahalam
@afiqrozlannSape2 sangkut area shah alam tu boleh rehat area parking lotus ##daruratbanjir ##shahalam♬ original sound – Mhmmd Andhika
Menjengah di ruangan komen, warganet terharu melihat keprihatinan pihak Lotus pada mangsa-mangsa banjir. Bencana sebegini juga mempunyai hikmahnya kerana pelbagai pihak telah bersatu untuk menghulurkan bantuan.
Ketika rakyat dilanda bencana sebegini, seharusnya kita bersatu dan saling membantu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Sekecil apa pun bantuan anda, perkara itu amatlah dihargai. Pastikan anda berada dalam keadaan yang selamat dan sentiasa pantau keadaan sekeliling anda.
Kredit: TikTok afiqrozlann