Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Menjerit Kelaparan Setelah Terkandas Kerana Banjir Kilat, Warganet Nasihati Supaya..

Menjerit Kelaparan Setelah Terkandas Kerana Banjir Kilat, Warganet Nasihati Supaya..

Kategori: ,
MENJERIT KELAPARAN

Banjir kilat yang telah melanda di beberapa kawasan merisaukan banyak pihak. Tambahan pula, keadaan masih lagi belum reda dan ramai rakyat terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi oleh kerana paras air yang makin meningkat.

Berada dalam kesejukkan dan keresahan, ada juga yang kelaparan oleh kerana terputus bekalan makanan. Menahan lapar, mangsa-mangsa hanya boleh mengharapkan bantuan dan ihsan dari pihak luar bagi mengharungi cabaran ini.

Menjerit Kelaparan, Harap Pihak Lain Datang Bantu

Di laman TikTok, seorang pengguna, aindeanly, memuat naik sebuah video dan berkongsi keadaannya dan kawan-kawan setelah terkandas ekoran kejadian banjir kilat yang melanda kawasan mereka.

Terputus bekalan dan berada dalam keadaan yang lapar, mereka terpaksa berteduh di kawasan yang lebih tinggi. Mungkin tidak tahan, mereka mula menjerit dan memohon pertolongan dari mereka yang berdekatan. Namun begitu, mereka mengeluh apabila mereka tidak dihiraukan.

@aindeanly##banjir ##banjir2021 ##banjirhululangat♬ original sound – Acik Ain 🇲🇾

Sepatutnya Hubungi Pihak Berkuasa

Namun, warganet pula berpendapat bahawa wanita itu seharusnya menghubungi pihak berkuasa dari bertindak sebegitu. Ramai yang takut untuk meredah air yang deras, sebab itu mereka tidak dapat bertindak dan memberikan bantuan pada mangsa. MENJERIT KELAPARAN

Mangsa-Mangsa Dah Selamat

Kawan kepada mangsa telah mengesahkan bahawa mangsa-mangsa telah berada dalam keadaan yang selamat dan mendapat makanan. Mungkin dilihat melampau kerana menjerit kelaparan, namun wanita itu bertindak sebegitu kerana risaukan anak-anaknya yang sedang menangis kerana terlalu lapar. MENJERIT KELAPARAN

Kasihan pada mereka yang terkesan kerana bencana ini. Mungkin kerana terlalu buntu, mereka sudah tidak tahu di mana untuk meminta bantuan. Cuba kita memahami situasi mereka dan doakan agar mangsa-mangsa semuanya selamat dan dilindungi dari perkara merbahaya.

Kredit: TikTok aindeanly

Baca Juga: Terkandas Di Jalan Raya Kerana Banjir Kilat, Wanita Ini Memilih Untuk Bersedekah Pada Mangsa Yang Kelaparan

tags: