Baru-baru ini, banjir yang melanda sesetengah kawasan di dalam negara telah memberi impak besar. Paras air yang semakin meningkat telah memaksa orang ramai berpindah ke penempatan sementara dan terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda.
Namun begitu, ketika situasi makin bertambah bahaya, ada juga yang tak mampu untuk bergerak, masih menantikan bantuan dari pihak berkuasa sambil terpaksa melihat harta benda rosak ditelenggami air. Apabila ramai yang cuba menyelamatkan diri, ada juga yang masih tidak mahu bergerak dari kediaman masing-masing sehingga terpaksa dibawa keluar.
Di laman TikTok, seorang pengguna, pajeghing, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat seekor kucing yang masih berada di kedai makan miliknya meskipun paras air semakin meningkat.
Menurutnya, kucing itu sering kali berada di sana, seolah menjaga kedai tersebut. Walaupun dalam keadaan banjir, ia masih lagi berada di sana dan berteduh di atas sebuah meja. Namun oleh kerana paras air semakin meningkat dan keadaan bertambah bahaya, lelaki itu terpaksa membawa kucing itu pergi sebelum keadaan bertambah parah.
Setelah perpindah ke kawasan yang lebih selamat dan beberapa jam kemudian, kedai makan itu telah ditelenggami air.
@pajeghing_ Si hitam yang setia 😢 #banjir2021 banjir2.0
@pajeghing_Si hitam yang setia 😢 ##banjir2021 ##banjir2.0♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman
Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet bagaimanapun telah menyangka bahawa individu tersebut telah meninggalkan kucingnya di kedai tersebut apabila sibuk menyelamatkan diri.
Namun, ada juga yang tampil menjelaskan dakwaan warganet adalah tidak benar kerana kucing itu selamat dan dibawa pergi bersama.
Siapa sahaja yang ingin meninggalkan haiwan kesayangan, lebih-lebih lagi dalam bencana sebegini. Jika mampu menyelamatkan, buatlah sebegitu kerana haiwan perliharaan banyak berjasa pada kita.
Kredit: TikTok pajeghing