Oleh kerana banjir yang melanda beberapa kawasan, berlakunya beberapa kerosakkan pada harta benda di rumah. Malah, paras air yang tinggi telah menyebabkan bantuan sukar untuk dihulurkan pada mangsa.
Berada di rumah dan terpaksa menggunakan barangan yang sedia ada, lama-kelamaan barangan dapur akan kehabisan dan mangsa-mangsa terpaksa berlapar sambil menunggu bantuan dari pihak luar. Namun, oleh kerana terlalu terdesak, ada juga beberapa individu yang sanggup meredah air demi mencari makanan untuk diberi pada keluarga.
Di laman TikTok, seorang pengguna, diaziela, memuat naik sebuah video dan berkongsi hasil tangkapan anaknya setelah keluar untuk memancing di kawasan kejiranan baru-baru ini.
Menurutnya, lauk di rumah telah kehabisan dan mereka terputus bekalan oleh kerana banjir yang melanda kawasan mereka. Teruja bila melihat anaknya pulang dengan seekor ikan talapia, dia bersyukur kerana hasil tangkapan itu dapat dimasak untuk dimakan.
@diaziela talapia banjir, rezeki hari nie dpt buat lauk.. #ikantalapia #pyppppppp #fypシ゚ #fyp
@diazielatalapia banjir, rezeki hari nie dpt buat lauk.. ##ikantalapia ##pyppppppp ##fypシ゚ ##fyp♬ bunyi asal – Dia Ziela
Menjengah di ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat pasangan ibu dan anak itu. Malah, mereka turut mencadang beberapa cara mudah untuk memasak ikan tersebut.
Malah, dalam keadaan negara sedang bergelut dengan bencana ini, mereka berasakan perkara itu merupakan rezeki keluarga tersebut. Tak sangka dapat menikmati ikan segar walaupun rumah ditelenggami air.
Kasihan pada mereka. Dalam keadaan banjir sebegini dan terputus bekalan, anak pula terpaksa keluar dan mencari bahan untuk dimasak. Semoga ikan itu dapat mengisi perut mereka yang lapar dan bantuan dapat tiba secepat mungkin. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Kredit: TikTok diaziela
Baca Juga: Penghantar Makanan Gigih Redah Banjir Hantar Order Pelanggan Buat Warganet Sebak!