Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beri Makan Pada Lelaki Gelandangan Sambil Berniaga, Tindakan Wanita Ini Mendapat Pujian

Beri Makan Pada Lelaki Gelandangan Sambil Berniaga, Tindakan Wanita Ini Mendapat Pujian

Kategori:
BERI MAKAN

Jika dilihat, masalah gelandangan makin meningkat di Malaysia. Kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berehat di tepi jalan, adakalanya mereka ini terpaksa mengikat perut demi meneruskan kelangsungan hidup.

Tak cukup dengan itu, ramai diantara golongan gelandangan merupakan mereka yang kurang siuman dan telah kehilangan penjaga sehingga memaksa mereka terpaksa merayau di tepi jalan. Kelaparan dan tidak mampu bekerja, individu sebegini hanya mengharapkan belas ehsan dari orang lain untuk mengisi perut mereka.

Beri Makan Pada Lelaki Gelandangan

Di laman TikTok, seorang pengguna, nurainsh_, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat seorang lelaki gelandangan sedang menikmati sepinggan nasi dengan penuh selera.

Menurutnya, lelaki itu dikenali sebagai Jebat dan tidak pernah membuat kacau ketika berada berdekatan dengan gerai mereka. Malah, apabila Jebat kelaparan, dia akan memandangnya, seumpama meminta secara sopan. Faham akan situasinya, dia terus memberi sebungkus nasi tanpa berkira dengan lelaki itu.

Bersyukur dan gembira melihat lelaki itu boleh mengisi perut yang kosong, wanita itu turut berkongsi bahawa Jebat tidak pernah mengganggu pelanggannya.

@nurainsh_♬ suara asli – miegoreng

Terima Kasih Jaga Jebat

Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terharu dan memuji sikap wanita tersebut. Contoh yang baik, mereka turut mendoakan yang terbaik buatnya. BERI MAKAN

Bagus Jebat

Malah, ada juga yang memuji sikap Jebat yang sopan dan baik tata tertibnya. BERI MAKAN

Sikap wanita ini boleh menjadi contoh buat kita semua untuk teruskan amalan yang baik. Jika berkesempatan, apa salahnya jika kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Kita tidak akan rugi pun jika berbuat baik sesama manusia.

Semoga kita semua dapat berbuat baik dan berbakti sesama insan tanpa mengira keadaan mereka.

Kredit: TikTok nurainsh_

Baca Juga: Rider Foodpanda & Lalamove Selamatkan Kucing Jalanan Ketika Banjir, Warganet Puji Tindakan Mulia Itu

tags: