Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Tiba-Tiba Moody & Meragam Di Kedai Makan, Rupanya-Rupanya Ini Sebabnya..

Anak Tiba-Tiba Moody & Meragam Di Kedai Makan, Rupanya-Rupanya Ini Sebabnya..

Kategori:
ANAK-TIBA-TIBA-MOODY

Menjadi seorang ibu bapa ini bukanlah perkara yang mudah. Selain memerlukan persediaan dari segi kewangan dan moral, ibu bapa juga perlu tabah dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam anak-anak.

Walaupun ragam anak-anak ini boleh menguji kesabaran, namun ibu bapa perlu tabah menghadapi kerenah mereka. Mungkin ada sebabnya mereka berkelakuan sebegitu, jika tahu sebabnya, mungkin mudah untuk dipujuk nanti.

Anak Tiba-Tiba Moody Dan Membuat Ragam Di Kedai Makan

Di laman TikTok, seorang pengguna, en_payed, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat anaknya di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Kelihatan murung sambil menjamu hidangan pasta, lelaki itu hairan bila melihat anak tiba-tiba moody dan hanya menggeleng kepala setiap kali ditanya. Rupanya-rupanya anak perempuannya cemburu dengan makanan dan minuman yang telah dipesan oleh adik kecilnya.

Jika dilihat, hidangan adiknya nampak lebih menarik dan besar jika nak dibandingkan.

https://www.tiktok.com/@en_payed/video/7045272769545784578?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8dwdDt5XQDfzNrGItmqJiBNbgD0blkcHQc%2BRyodZKTrBHfxYujdLdfsuBlfG0p4oefPzyE7CDLAtlS76JGgA%3D&checksum=7875a3cbe3610e44c90d31da2ecc596b9b84955aa39945c8d7a2e7c41b962f21&language=en&mid=7024126569400519451&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7045272769545784578&share_link_id=3668fe3f-fb9b-4c33-8c29-dc738a7ecb8e&source=h5_t&timestamp=1640478051&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@en_payedAir millow##fyp♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Jangan Suka Membezakan Anak

Menjengah di ruangan komen, warganet menasihatkan supaya tabiat suka membezakan anak-anak seharusnya dielakkan kerana ia akan memberi kesan kepada anak bila mereka sedang membesar. ANAK-TIBA-TIBA-MOODY

Jangan Risau, Semua Dapat Rasa

Jelas lelaki itu, oleh kerana saiz hidangan terlampau besar untuk dihabiskan oleh anak kecilnya, akhir sekali semua berkongsi untuk menghabiskannya. Semua orang dapat rasa! ANAK-TIBA-TIBA-MOODY

Jelas perkara ini merupakan gurauan dan gelagat yang dikongsikan hanyalah untuk hiburan semata-mata. Tindakan keluarga ini bagus juga kerana membenarkan anak-anak membuat pilihan sendiri. Jika tidak habis, boleh lah berkongsi bersama-sama, semua dapat merasainya.

Lain kali, pastikan anak-anak anda tahu apa yang dipesan. Nanti tak adalah cemburu dan tiba-tiba merajuk jika melihat hidangan orang lain lebih menarik darinya.

Kredit: TikTok en_payed

Baca Juga: Gara-Gara Biarkan Anak Memasak, Wanita Ini Sabar Bila Melihat Peralatan Dapurnya Tidak Dapat ‘Diselamatkan’

tags: