Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Pajeri Nanas Ini, Semuanya Cukup Rasa & Sedap Dimakan Dengan Sepinggan Nasi Putih

Jom Cuba Resepi Pajeri Nanas Ini, Semuanya Cukup Rasa & Sedap Dimakan Dengan Sepinggan Nasi Putih

Kategori: ,
RESEPI PAJERI NANAS

Pajeri nanas merupakan lauk sampingan yang sangat digemari ramai. Mempunyai rasa yang masam dan manis, hidangan ini berasal dari utara Malaysia dan kadang-kadang dihidang di majlis perkahwinan.

Bagi anda yang ingin cuba menyediakanya, boleh lah ikuti resepi pajeri nanas yang telah dikongsikan oleh Farah Diyana. Nampak sangat mudah untuk dicuba. Jom baca perkongsian penuh olehnya.

Resepi Pajeri Nanas

Bahan-Bahan

  • Bawang merah
  • Bawang holland
  • Lada Kering
  • Bunga cengkeh
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk kari ikan
  • Gula nise
  • Nyoir gula (dapatkan di sini)
  • Sedikit air
  • Potongan nanas
  • Susu cair atau santan
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang merah, bawang holland, lada kering menggunakan blender. Kemudian, tumis bersama rempah 4 beradik (bunga cengkeh, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang).
  2. Masukkan serbuk kari daging dan serbuk kari ikan. Pastikan serbuk kari daging banyak daripada serbuk kari ikan. Nise dan nyoir gula wajib diletakkan.
  3. Tumis sehingga pecah minyak, baru masukkan air. Bila sudah menggelegak, letakkan nanas.  RESEPI PAJERI NANAS
  4. Masukkan susu, guna separuh tin. Kacau dengan segera untuk mengelakkan kuah berketul. RESEPI PAJERI NANAS
  5. Bila sudah sebati, perlahankan api, tinggal dan kacau sekejap-sekejap. Biarkan masak sehingga pekat. Bila sudah, ia sedia untuk dihidang. RESEPI PAJERI NANAS RESEPI PAJERI NANAS

Pajeri nanas ini sangat sedap bila dimakan bersama sepinggan nasi putih dan lauk-lauk lain. Untuk anda yang sangat menggemari hidangan berempah dan masam manis, boleh lah cuba resepi pajeri nanas ini. Memang mudah sahaja, kan? Nampak sangat menyelerakan.

Selamat mencuba resepi ringkas ini.

Kredit: Farah Diyana via Masakan Terengganu

Baca Juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Yang Padu & Menyelerakan, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

tags: