Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Terung Bakar Bersantan, Lauk Tengah Hari Yang Amat Menyelerakan

Ini Resepi Terung Bakar Bersantan, Lauk Tengah Hari Yang Amat Menyelerakan

Kategori: ,
RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN

Terung merupakan sejenis sayur-sayuran yang sangat sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang menggemarinya, ada pula yang sebaliknya. Namun jika tahu kaedah untuk memasaknya, pasti ianya sedap!

Selalunya, terung sering dimasak dengan sambal atau berlada, tapi apa salahnya kita mencuba sedikit kelainan. Bagi anda yang ingin rasai sesuatu yang baharu, boleh lah cuba resepi terung bakar bersantan ini. Dijamin memuaskan.

Resepi Terung Bakar Bersantan

Bahan-Bahan

  • 6 ke 7 biji terung pendek
  • 1 kotak santan (Lagi sedap jika santan diperah sendiri.)
  • 3/4 kotak air masak
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu lada hitam biji
  • Garam secukup rasa

Nota: Nak lebih sedap boleh tambahkan isi ikan bakar dan hirisan cili api.

Cara Penyediaan

  1. Bakarkan terung. Cara bakar boleh rujuk dalam gambar. Jika suka, boleh juga gunakan oven dan dapur arang untuk membakarnya. Bakar sehingga kulit terung menjadi kehitaman. RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
  2. Kikis atau kupaskan kulit terung yang hitam itu dan belah kepada dua. RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
  3. Kisarkan santan, air masak dan lada hitam biji. Letak dalam periuk dengan garam secukup rasa dan pasakan sekejap. Kemudian, tutup api. (Jangan panaskan sampai mendidih, cukup sampai berasap sahaja.) RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
  4. Biarkan santan sejuk. Masukkan bawang dan terung bakar tadi. Kacau sehingga rata. RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN
  5. Siap untuk dinikmati! RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN

Nota: Pastikan anda menyediakan lauk ini sebelum menghidang. Kena cepat habiskan kerana ianya tak enak untuk disimpan terlalu lama.

Resepi terung bakar bersantan ini nampak sungguh menyelerakan! Memang patut dicuba, lagi-lagi jika anda menggemari lauk terung. Jangan dibiarkan terlalu lama, siap masak terus makan. Barulah merasai nikmatnya di situ.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: dapurfaafeefoo

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Pajeri Nanas Ini, Semuanya Cukup Rasa & Sedap Dimakan Dengan Sepinggan Nasi Putih

tags: