Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis Rusia Cuba Masak Nasi Lemak, Namun Cara Masakannya Buat Ramai Rasa Terkejut

Gadis Rusia Cuba Masak Nasi Lemak, Namun Cara Masakannya Buat Ramai Rasa Terkejut

Kategori:
GADIS-RUSIA

Nasi lemak merupakan hidangan yang sangat terkenal. Bukan sahaja di Malaysia, malah hidangan tersebut turut digemari oleh mereka dari negara lain. Rasa nasi yang berlemak dan sambal yang cukup pedas dan manis menjadikannya hidangan yang sangat disayangi.

Walaupun begitu, proses untuk menyediakan sepinggan nasi lemak yang sempurna adalah satu proses yang tidak mudah. Bukan sahaja mereka dari Malaysia, malah mereka dari negara lain juga beria untuk mencuba menyediakan hidangan ini.

Gadis Rusia Cuba Masak Nasi Lemak

Di laman TikTok, seorang pengguna, xll3xcvll, memuat naik sebuah video dan berkongsi cara dia menyediakan nasi lemak.

Gadis Rusia itu gigih memasak hidangan tersebut dengan mengikuti setiap langkah. Walaupun hasilnya mungkin tidak setanding nasi lemak bertaraf lima bintang, namun rasanya tetap memuaskan seleranya.

https://www.tiktok.com/@xll3xcvll/video/7045949900349082907?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8vR0wtIImDaXEyISavlY%2F%2BNJvPfmI4uJ7dc%2FIwOdWMBkvWNApQfttRoHyuJ2Zxlh%2BgyiJFO0RSGrcTW%2BaGgA%3D&checksum=89730b7e77642d8bdddf87aa033103dc260521e97b2a37c72e346e8ab9ddd623&language=en&mid=6755551662368098305&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7045949900349082907&share_link_id=4e966db9-9e47-4012-9ebc-305357d1aa15&source=h5_t&timestamp=1640665506&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@xll3xcvllDid I make it right?♬ No Lie – Sean Paul

Lain Kali Cuba Cara Ini Pula

Menjengah di ruangan komen, warganet turut memberi beberapa cadangan untuk memperbaikikan hidangan nasi lemaknya. Untuk menyedapkan lagi, ini beberapa cadangan dari mereka. GADIS-RUSIA

Hebat Juga

Walaupun begitu, ada juga yang memuji hasil masakan gadis itu. Nak menyediakan nasi lemak ini tidak mudah dan perlu dicuba beberapa kali untuk menjayakannya. Namun dia berjaya hasilkannya. Nampak sangat menarik! GADIS-RUSIA

Nampaknya makin hari nasi lemak makin dikenali sehingga gadis Rusia juga berminat untuk memasaknya. Hebat sungguh hidangan ini. Jomlah kita praktis dan asah bakat memasak, kalau bangsa lain boleh menyediakan nasi lemak, warga Malaysia pun tentu boleh.

Kredit: TikTok xll3xcvll

Baca Juga: “Tapi Kami Tak Nak Berdosa..” Pelanggan Mengadu Sambal Nasi Lemak Berbau Hangit, Peniaga Ini Terus Bertindak Sedemikian.

tags: