Lauk ikan semestinya menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati tak mengira waktu, ia juga enak untuk dimasak dengan pelbagai cara.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh didapati di pasaran. Namun, anda perlulah memilih jenis ikan yang sesuai dan elok supaya masakan anda menjadi lebih sedap. Jika tersalah pilih, jangan terkejut melihat rupa lauk anda. Bukan sahaja tak menjadi, malah seram pula dilihat.
Di laman Facebook, seorang pengguna, Sabarina Saad, berkongsi hasil masakannya baru-baru ini. Memasak lauk kari ikan, wanita itu bagaimanapun terkejut apabila melihat rupa ikan yang dimasak olehnya.
Menjenguk ke dalam periuk, rupa masakan itu amat menakutkan. Dengan mulut ikan yang ternganga, rupanya kelihatan garang dan menyeramkan. Tambahan pula dengan ‘jelingannya’, sesiapa sahaja akan berasa seram bila melihatnya.
Amboi!…..garangnya ikan nie….baru jeling sikit, dah ternganga nak gigit org….
Menjengah di ruangan komen, rupa ikan tersebut berjaya hiburkan hati warganet. Sempat lagi bergurau, menurut mereka, mungkin rupa ikan sebegitu adalah kerana dia sedang menjerit meminta tolong kerana sedang lemas dalam kuah kari ikan itu.
Hati-hati bila memasak lauk ikan, pastikan memilih jenis ikan yang tepat untuk mengelakkan tersalah pilih. Kalau pilih ikan yang garang dan suka memberi pandangan tajam, terus tak jadi nak masak kerana rupanya terlampau menyeramkan.
Kredit: Sabarina Saad via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Rekod Dulu, Baru Buat Kerja..” Anak Telah Jatuhkan Burger McD, Warganet Nasihat Supaya..