Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ajak Anak Cuba Makanan Aneh Yang Nampak Sangat Mengerikan, Rupanya Ia Adalah..

Ajak Anak Cuba Makanan Aneh Yang Nampak Sangat Mengerikan, Rupanya Ia Adalah..

Kategori:
MAKANAN ANEH

Dengan dunia bergerak semakin maju dan ke aras pemodenan, sesetengah budaya dan amalan tradisional makin dilupakan. Malah, ada juga makanan dan kuih-muih tradisional tidak lagi dijual oleh kerana permintaannya yang sangat sedikit. Oleh itu, ia makin dilupakan.

Jika dilihat, ramai anak muda yang tidak tahu sesetengah makanan tradisional yang pernah digemari oleh nenek moyang. Walaupun rupanya tidaklah setaraf makanan dari restoran lima bintang, ianya tetap enak dan perlu dihargai.

Ajak Anak Cuba Makanan Aneh Yang Mengerikan

Di laman Facebook, seorang pengguna, Za Caely, memuat naik sebuah gambar dan berkongsi kisah gelagat anaknya bila dia mengajak budak kecil itu untuk mencuba makanan aneh.

Menurutnya, dia baru sahaja mendapatkan asam katok dari Kedah. Teruja kerana menjadi kegemarannya, dia beria untuk berkongsi makanan itu dengan anaknya. Namun, makanan aneh itu kelihatan tidak menyelerakan pada anaknya. Terus ditolak!

Walaupun rupanya nampak kurang menarik, wanita itu tetap menggemari makanan itu. Sekarang ini, asam katok amat sukar didapati.

Lagend ni…

Tunjuk ke anak² suruh rasa…tak mahunya..

Apa ni ibu..nilah asam katok..zaman ibu makan sedap yak..amat..susah nk dapat ni..

terjumpa di ‘pekan rabu’ kedah..

MAKANAN ANEH MAKANAN ANEH MAKANAN ANEH

Ingat Dah Pupus

Menjengah di ruangan komen, asam katok sekarang ini sukar didapati. Malah, ramai yang tak menyangka bahawa makanan ini masih lagi dijual. MAKANAN ANEH

Sedapnya Yakamat!

Malah, rasa asam katok itu sangat enak. Walaupun rupanya kurang enak malah menggelikan bagi sesetengah orang, namun apabila dicuba, anda tak akan melupakannya. MAKANAN ANEH

Asam katok ini tidak seharusnya digeruni. Bagi anda yang tak pernah cuba, jangan takut-takut. Rasanya pasti akan mengalahkan rupa. Walaupun makanan pelik ini makin dilupakan, ia masih digemari dan dicari oleh sesetengah individu. Segera dapatkannya sebelum ia ‘pupus’.

Kredit: Za Caely

Baca Juga: “Garangnya Ikan Ni..” Terkejut Melihat Rupa Ikan Yang Dimasak, Lauk Itu Buat Orang Ramai Tergelak

tags: