Kebelakangan ini, terdapat pelbagai jenis hidangan eksotik yang telah diperkenalkan seperti daging wagyu dan telur burung unta. Namun, mesti ramai diantara kita yang tidak kenal dengan hidangan telur lembu, kan?
Sebenarnya hidangan itu sudah wujud sejak dahulu lagi dan disajikan di negara Timur. Dipercayai mempunyai khasiat yang tinggi pada kaum lelaki, hidangan yang pelik ini sering dijadikan sup. Tapi bagi mereka yang ingin sesuatu yang ringkas, ia juga enak untuk digoreng.
Di laman TikTok, seorang pengguna, nazrinharon97, memuat naik sebuah video dan berkongsi hidangan aneh yang telah disediakan olehnya baru-baru ini.
Bosan dengan pelbagai lauk-pauk yang menggunakan telur ayam, individu tersebut memilih untuk memasak dengan menggunakan bahan yang jarang dijadikan lauk iaitu telur lembu. Digoreng bersama sedikit garam dan serbuk kunyit, hidangan tersebut dihiasi bersama hirisan bawang dan cili.
https://www.tiktok.com/@nazrinharon97/video/7047453520252947738?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@nazrinharon97 Siapa suka makan telur lembu? 😋 syedapp chuols 😆 #fypシ゚viral ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official
Menjengah di ruangan komen, rupa hidangan itu membuat segelintir warganet berasa tidak selesa. Malah, mereka turut berasa takut dan tidak lalu melihatnya.
Namun, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa hidangan telur lembu ini sebenarnya sedap. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang tahu betapa enaknya. Teksturnya juga sama dengan telur ikan, cuma yang bezanya adalah ia mempunyai rasa daging lembu.
Mungkin hidangan ini nampak pelik dan kurang menyelerakan bagi segelintir individu namun rasanya mungkin sedap. Anda berani untuk cuba telur lembu? Betul ke sedap? Belum cuba belum tahu. Bagi anda yang berani, Raya Aidiladha nanti boleh lah cuba.
Kredit: TikTok nazrinharon97
Baca Juga: “Wangi Gulai Ayam Aku Hari Ni..”, Disangka Santan Kelapa Rupanya Santan Pandan Buat Ramai Terhibur