Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Memesan Roti Tisu Special Di Kedai Mamak, Namun Apa Yang Tiba Buat Orang Ramai Terperanjat!

Wanita Ini Memesan Roti Tisu Special Di Kedai Mamak, Namun Apa Yang Tiba Buat Orang Ramai Terperanjat!

Kategori:
ROTI TISU SPECIAL

Kedai mamak sering menjadi lokasi yang sesuai untuk orang ramai melepak dan menikmati pelbagai hidangan. Terkenal dengan aneka roti canai, kari dan teh tarik, ia sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan hidangan, sekarang apa jua makanan boleh didapati di kedai mamak. Namun, antara yang terkenal tetap roti tisu. Bukan sahaja enak dicicah bersama kari, rupa roti ini juga menarik minat orang ramai. Memandangkan ianya sangat digemari, malah roti tisu special turut dikenalkan. Tapi jangan terperanjat pula bila melihat rupanya!

Pesan Roti Tisu Special, Terkejut Pula Melihat Saiznya!

Di laman TikTok, seorang pengguna, pinkl4tte, memuat naik sebuah video dan berkongsi rupa roti tisu special yang telah dipesan olehnya baru-baru ini.

Mengunjungi sebuah kedai mamak untuk menikmati pelbagai jenis hidangan, wanita itu memesan roti tisu special untuk dinikmati. Namun, apa yang tiba amatlah memeranjatkan kerana saiz roti itu terlalu besar sehingga boleh dikongsikan dengan beberapa orang. Ini betul-betul roti tisu special!

https://www.tiktok.com/@pinkl4tte/video/7047066058267610394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@pinkl4tteroti tisu special katanya♬ original sound – Basketball

Mesti Sedap

Menjengah di ruangan komen, rupa roti itu sangat menyelerakan. Malah, tengok sahaja mereka sudah tahu bahawa rasanya mesti sedap. Tak sabar pula untuk cuba. ROTI TISU SPECIAL

Besarnya!

Saiz roti itu juga berjaya mengejutkan orang ramai. Mungkin tak pernah melihat roti tisu sebegitu, tak semua kedai mamak mampu menyediakannya. ROTI TISU SPECIAL

Lain kali bila anda ke kedai mamak, bolehlah memesan roti tisu special. Manalah tahu akan mendapat yang sebegini, lebih bagus untuk dikongsikan bersama. Jika makan seorang diri, manalah sempat untuk menghabiskannya.

Kredit: TikTok pinkl4tte

Baca Juga: “Bayangkan Dia Tak Cuci Dulu..” Terus Hilang Selera Bila Terjumpa ‘Benda’ Pelik Dalam Nasi Dari Kedai Mamak

tags: