Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Basuh Siput Babi Untuk Dimasak, Orang Ramai Nasihat Supaya Jangan Dimakan

Lelaki Ini Basuh Siput Babi Untuk Dimasak, Orang Ramai Nasihat Supaya Jangan Dimakan

Kategori:
siput babi

Dalam agama Islam, tak semua haiwan boleh dimakan. Ini kerana haiwan yang dilarang boleh memudaratkan kesihatan apabila diambil meskipun dicuci dengan baik. Bukan sahaja haiwan berbisa dan bertaring, malah haiwan yang tinggal di dua alam turut dilarang untuk dimakan.

Meskipun begitu, masih ramai yang keliru sehingga tidak tahu apa yang halal dan haram. Bagi umat Islam, perkara itu tidak patut dipandang remeh kerana pemakanan penting bagi menjaga kesucian diri dan iman.

Bersihkan Siput Babi Untuk Dimasak

Di laman TikTok, seorang pengguna, zamad_21, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagatnya yang sedang sibuk membersihkan siput babi.

Membawa pulang beberapa ekor siput babi, lelaki itu beria membasuhnya dengan air paip untuk disediakan untuk dijadikan juadah. Melihat dalam sinki, nampak satu pinggan sudah dipenuhi dengan haiwan itu.

https://www.tiktok.com/@zamad_21/video/7047066049702874394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@zamad_21 Balas kepada @anirrina69 ♬ Bananza belly dancer – koleeditss

Jangan Dimakan!

Namun, bila menjengah di ruangan komen, warganet rata-rata melarang individu tersebut dari menyediakan siput itu untuk dijadikan hidangan. Berbeza dengan siput sedut, siput babi mempunyai kesan yang buruk pada kesihatan. SIPUT BABI

Pandangan Mufti

Bila dirujuk di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, para ulama terbahagi kepada dua pendapat. Mereka lebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkannya. SIPUT BABI

SIPUT BABI SIPUT BABI SIPUT BABI

(Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia)

Sebagai umat Islam, seharusnya kita patuh kepada hukum-hakam. Jika tidak pasti, bolehlah merujuk pada Mufti dan para ulama bagi menggelakkan diri dari melanggar larangan agama. Jika dijaga pemakanan, maka kita juga dapat menjaga kesucian diri dan iman.

Kredit: TikTok zamad_21, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia

Baca Juga: “Aik! Bukan Beranak Ke?” Individu Ini Masak Telur Lembu, Hidangan Itu Buat Warganet Berasa Hairan

tags: