Pizza Hut merupakan salah satu restoran makanan segera yang sangat dikenali di Malaysia. Menghidangkan pelbagai jenis pizza dan spaghetti, restoran itu sering menjadi pilihan bagi penggemar makanan itu.
Oleh kerana memiliki pelbagai cawangan di dalam dan luar negara, orang ramai memandang tinggi dengan restoran itu. Mengharapkan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, mereka berharap agar Pizza dapat teruskan mengekalkan standard yang tinggi.
Di laman Facebook, seorang wanita, Afiqah Iqa berasa terkejut apabila fries Pizza Hut yang baharu sahaja dibeli kelihatan kurang menyelerakan.
Sebelum ini, wanita itu sering membeli fries dari restoran makanan segera itu dan selalu berpuas hati. Namun, menjelang tahun baru, lain pula yang terjadi. Bukan sahaja digoreng sehingga hampir rentung, malah rupa fries itu kelihatan kurang menyelerakan.
Reda dengan apa yang dibeli, wanita itu menerima perkara itu dan menghalalkan kecuaian dari pihak Pizza Hut.
Alamak rentong……ni masak dah menjadi niselamat tahun baru semua……selalu beli cantik mas die thun lepas ..thun ni beli…terus dpat yg betul rentung..tak le MKN langsong…..nasib KO la nak…tak pe la ..kte halal kan. Je la ….
Rupa fries Pizza Hut itu amatlah mengejutkan. Malah di ruangan komen, warganet turut berasa bahawa rupanya kurang menyelerakan.
Ada juga segelintir warganet yang mengesa bahawa segera melaporkan perkara itu kepada pihak Pizza Hut. Mungkin perkara itu tidak disengajakan.
Walaupun Pizza Hut sudah dikenali, tidak bermakna pihak mereka tidak akan terlepas dari kesilapan. Jika terjadi perkara sebegini, seeloknya segera melaporkan perkara itu kepada pihak peniaga supaya mereka dapat segera menyelesaikannya. Dari situ, kedua-dua pihak tidak akan rugi.
Kredit: Afiqah Iqa via MATJHN
Baca Juga: “Nanti Mama Beli Je..” Cuba Menyediakan Donat Untuk Anak-Anak, Akhirnya Wanita Ini Sendiri Kecewa