Orang dahulu gemar makan ubi kayu. Jika tiada beras di dapur, maka ubi kayu menjadi ganti. Tinggi dengan karbohidrat, ia sangat enak direbus dengan begitu sahaja.
Selalunya ubi kayu ini tahan bila disimpan dengan elok dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Namun, seperti mana-mana bahan dapur, ia akan cepat rosak jika tidak dijaga sebaik mungkin. Seeloknya anda perlu tahu cara menyimpannya agar ia tidak terdedah pada kuman-kuman dan haiwan perosak.
Di laman Facebook, seorang wanita, MizzFwi Farah, memuat naik sebuah gambar dan berkongsi rupa ubi kayu yang baru sahaja ingin dimasak olehnya.
Namun, hairan dengan rupa dua potongan ubi kayu itu yang kelihatan lain dan seperti berakar, wanita itu berasa pelik dan ragu-ragu. Tak jadi masak kerana nampak menyeramkan, wanita itu mengatakan bahawa rupa ubi kayu itu seperti sedang menahan sakit oleh kerana warnanya yang pucat dan jalur akarnya yang kebiruan.
Assalammualaikum.. Selamat pagi.. Kenapakah ubi yg dua tu berakar? Normal ke tidak? Boleh dimakan ke tidak? Seram pulak menengoknyer, dia mcm tengah menahan sakit.
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berkongsi pandangan masing-masing. Nampak pelik, rupa-rupanya perkara itu terjadi kerana atas beberapa sebab.
Malah, oleh kerana ubi itu sudah terdedah pada udara dan sudah lama, ia sudah tak enak untuk dimakan. Ada juga yang menasihatkannya untuk buang sahaja.
Seeloknya jika anda penggemar ubi kayu, jangan biarkan ia terdedah pada udara terlalu lama setelah dikupas. Bila berbuat begitu, pasti perkara ini akan terjadi. Sekali tengok dah seperti zombi ubi kayu sudah.
Kredit: MizzFwi Farah via MATJHN
Baca Juga: Lelaki Ini Basuh Siput Babi Untuk Dimasak, Orang Ramai Nasihat Supaya Jangan Dimakan